~ Pemenang Adrini’s First Anniversary Contest ~

~ Pemenang Adrini’s First Anniversary Contest ~

Alhamdulillah, akhirnya dengan kesulitan dan masalah yang saya alami, akhirnya keputusan sudah ada di tangan saya… :) Okeh… Inilah keputusan pemenang untuk Adrini’s First Anniversary Contest yang tamat pada 30 December lepas. :)

Oh… Semua peserta contest ini, bakal menerima hadiah berupa kupon daripada GBOB dan FXOnline. Maka, semua bakal mendapat hadiah… :) Semua adalah pemenang… :) – Bagi nama, address dengan no. tel ye nanti.. :)

Untuk early birds, 5 orang pertama bakal menerima Perfume 2cc daripada Perfume For All dan 5 orang yang seterusnya bakal menerima kupon voucher bernilai RM10 daripada Adrini’s. Untuk early birds, iaitu untuk 10 peserta paling cepat, saya ambil based on tarikh posting daripada blog kawan-kawan ye. Bukan dari tarikh kawan-kawan komen di blog saya. :) Pemenangnya adalah :

Ten early birds for my contest

Ini adalah senarai peserta bersama nombor cabutan bertuah mereka. :)

Untuk pemenang bagi kategori A:

Pemenang untuk kategori A ini, saya menggunakan EN. Random.org ye.. :) Pemenangnya adalah:

Tempat Ke-5

mamarifqy

http://mamarifqy.blogspot.com/2010/11/adrinis-1st-anniversary-contest.html

Tempat Ke-4

nana

http://nanamrul-contest.blogspot.com/2010/11/adrinis-first-annversary-contest.html


Tempat Ke-3

Nadiah Sidek

http://ummsyuhada.blogspot.com/2010/12/adrinis-first-anniversary-contest.html

Tempat ke-2

mama balqis

http://bluepinkbaby.blogspot.com/2010/12/adrinis-first-annversary-contest.html

Tempat PERTAMA

eb

http://mamaaerishtwo.blogspot.com/2010/11/adrinis-first-annversary-contest.html

Hehehehhe Gembira? Mestila kan kalau nak dapat hadiah… :) Opp… tidak di lupakan…

Untuk kategori B… Pemenangnya adalah… :)

Oh, sebelum saya announce pemenang, saya nak clarify yang judge untuk kategori B bukanla diri saya ye. Saya amik juri dari luar. Bukan di kalangan blogger. Kiranya dia tak kenal pun la sape yang join contest nih. Kriteria yang di kira based on syarat-syarat yang utama, ada experience, review, suggestion dan gambar kawan-kawan memakai baju yang di beli dari Adrini’s. Maka, dengan ini…

Pemenang Ke-3

Pemenang ke-3 contest

Izyanti Razli ( by email )

Pemenang Ke-2

pemenang ke-2 contest

Azlin Mohd Atan akak Momma Mia

Pemenang PERTAMA

Pemenang pertama contest

Suzie aka Mama Zharfan

Tahniah kepada semua pemenang.. :) Adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang. Kepada pemenang:

1. Sila emailkan kepada saya Nama, Alamat, dan No. Tel kawan-kawan untuk tujuan pengeposan hadiah ke adrinie@gmail.com

2. Kepada pemenang yang memenangi hadiah baju-baju daripada Adrini’s, Bling Buubies dan akiika store, sila nyatakan size anda dan design yang mana untuk tujuan pengesahan. Its depend pada stok juga ye.. :)

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi join contest saya. Kepada yang tidak mendapat hadiah utama(sebab semua peserta adalah pemenang) Insyaallah, lain kali boleh join lagi… Jangan serik ( sebab masalah2 yang berlaku.. ) dan jangan malu2… :)

Luv,

UmmiKA

~ ClothDNZ – Mommies & Kiddies 1 Stop Cloth Shop ~

~ ClothDNZ – Mommies & Kiddies 1 Stop Cloth Shop ~

Membeli belah dengan menggunakan hujung jari amat popular di kalangan ibu bapa kerana ia amat menyenangkan dan memudahkan; pelbagai pilihan, harga berpatutan, jimat masa & tenaga. Dengan trend zaman teknologi moden ini, maka lahirlah ClothDNZ (CDNZ) yang mula beroperasi awal tahun 2010. Pemilik butik online ini, Nik Ha yang merupakan Full Time Working Mom(FTWM) yang bercita-cita untuk menjadi Working At Home Mom(WAHM) telah melihat trend ini satu peluang untuk beliau merealisasikan cita-cita dan impiannya. Bermula dengan minat yang mendalam dalam dunia ‘online shopping’ dan dengan keobsesannya pada keibubapaan alami (natural parenting), iaitu breastfeeding, cloth diapering dan baby wearing maka muncullah ClothDNZ yang membawakan kepada anda pelbagai jenis pilihan produk ‘cloth based’ ; khususnya busana Muslimah untuk ibu dan anak, pakaian bayi berjenama, dan aksesori terkini dan berkualiti dengan harga yang menarik dan berpatutan.

.

Di butik CDNZ ini, terdapat pelbagai jenis barangan yang berkaitan dengan keibubapaan alami (natural parenting) berasaskan kain. Antara yang menarik yang ada di butik CDNZ ini adalah baju menyusu (t-shirt Muslimah dan Abaya), breastfeeding mini-T sticker, koleksi pakaian kanak-kanak dan bayi, lampin kain moden (cloth diapers dari Lunatots dan Coolababy), tudung dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan cloth based.

perlbagai barangan menarik
Barangan ibu-ibu

Untuk kanak-kanak...

CDNZ juga merupakan reseller untuk produk cloth diapers daripada Lunatots dan  turut menawarkan pembelian secara borong untuk pakaian muslimah yang ada di butik CDNZ ini. Selain itu, CDNZ,juga menawarkan diskaun 5%  dan surprise gift kepada kawan-kawan yang menjadi ahli CDNZ untuk barangan yang terpilih.

Produk terbaru di CDNZ adalah Nursing Abaya dan DIY T Shirt untuk sekeluarga serta kusyen yang boleh dicetak gambar pilihan sendiri , amat sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang ;)

Bagi produk DIY Photo Cushion terdapat promosi Free Postage sehingga 31 Disember 2010.

cushion for love

Ermmm… apa tunggu lagi? Cepat menjamu mata dengan barangan yang ada di butik online ClothDNZ ni. Sambil-sambil cuci mata, boleh la sambar satu dua barang. :)

Note: ClothDNZ merupakan salah satu daripada penaja untuk Adrini’s 1st Anniversary Contest

Luv,

UmmiKA

~ Genius Baby On board – All Babies Are Genius ~

~ Genius Baby On board – All Babies Are Genius ~

Kali ni saya nak bercerita tentang Early Child Education(ECE) pulak. Siapa yang pernah dengar atau baca atau ada knowledge pasal ECE ni? Saya rasa kebanyakkan parent zaman moden ni mesti dah tahu serba sedikit pasal ECE ni. Bagaimana nak stimulate anak kita sejak dari dalam perut lagi hinggala berusia 6 tahun. Cuma, kawan-kawan tahu tak macam mana cara yang betul untuk melakukannya?

Lahir daripada niat ingin berkongsikan ilmu dan aktiviti yang dilakukan bersama-sama anak, Puan Norhidawati Abdul Aziz aka Watie iaitu seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak ini mendapatbanyak feedback and pertanyaan daripada ramai kawan-kawan tentang apa yang cuba dikongsikan oleh watie di blog nya. Dengan feedback, kawan-kawan yang asyik bertanyakan pasal ECE ni, maka idea untuk melahirkan satu pusat yang khas untuk para ibu bapa yang mempunyai minat yang sama dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk berkongsi pandangan dan pendapat pun muncul. Dengan idea itulah lahirnya Genius Baby On Board (SA 0159724-X) @ GBOB.

genius baby on board-all babies are genius

Q: Again, apa itu GBOB dan konsep yang cuba ditonjolkan di GBOB?

A: GBOB dalam bahasa mudahnya adalah tempat atau pusat untuk segala aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Tak kirala kalau ia hanya untuk kaunter pertanyaan ke, tapi apa yang relate dengan pendidikan awal ni, boleh rujuk pada watie. :)

Konsep yang diamalkan oleh GBOB adalah ‘play & learn’. Ini untuk elakkan stress dan kita nak buat anak-anak dan kita sendiri rasa more fun in learning. Selain tu, GBOB juga sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan percaya ibu dan bapa adalah orang paling sesuai dan layak menjadi guru kepada anak sendiri.

Q: Apa yang ditawarkan oleh GBOB? Apa yang ada di GBOB?

A: Di GBOB,  buat masa ini ada 3 program yang utama iaitu seminar, bengkel dan playgroup. Seminar dan bengkel yang diadakan di GBOB, direka  khas untuk parent. Secara general, seminar yang diadakan melibatkan teori-teori mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan pendidikan awal @ ECE ni. Ia lebih kepada untuk parents get the idea whats going to happen. Manakala bengkel pulak lebih kepada praktikal atau hands on dengan setiap peserta akan terlibat secara langsung dengan demonstrasi dan role play serta latihan intensif untuk parent lebih faham. So lepas tu bolehla aplikasikan terus kat anak kita. :)

genius baby on board

Kelas Playgroup pula melibatkan bayi dan kanak-kanak dari usia 0 hingga 4 tahun sahaja. Manakala kelas Learn By Art Programme melibatkan kanak-kanak dari uur 4-12 tahun. Di GBOB kelas playgroup terbahagi kepada 4 kategori umur.  Kategori Infant (0-6bulan), Kategori Crawler (6-12bulan), Kategori Walker (12-18bulan), dan Kategori Runner (18 bulan -4 tahun). Segala aktiviti yang bakal dilakukan oleh GBOB akan mengukuhkan dan memperkembangkan otak kanan bayi  selain mengimbangi otak kiri dan kanan apabila mereka mula berusia 4-6 tahun. Nak tahu lebih lanjut mengenai playgroup ni, boleh layari laman web GBOB ni. Ada FAQ khas untuk tahu mengenai playgroup ni. :)

Brochure  GBOB Playgroup early learning

Early Child Education playtime

Q: Selain daripada seminar, bengkel dan kelas tu, apa lagi yang menarik yang turut ditawarkan?

A: Selain dari aktiviti-aktiviti seperti seminar, bengkel dan playgroup, GBOB juga ada menjual alat bantu dan sokongan dalam mendidik anak yang terdiri daripada produk pendidikan dan permainan yang khusus dalam menjana minda dan menstimulasi otak anak-anak sedari bayi hinggalah berusia 6 tahun. Antara produk-produk yang ada, Little Reader ( sape pernah dengar? hehehe ),DVD/VCD your baby can read, Flash card, buku bacaan, alatan untuk simulasi dan sebagainya. Ha, kalau nak dapatkkan khidmat nasihat berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak atau ECE ni, boleh terus direct tanya kepada tuan empunyanya. Watie ni sangat friendly. Even baru jumpa sekali pun, dah rasa macam bertahun-tahun kenal. So, jangan rasa segan, rasa malu untuk direct dengan watie kalau nak kan khidmat nasihat mahupun pertanyaan tentang seminar, bengkel @ playgroup di GBOB neh.

Q: Suruh contact, tapi mana number telefon? Email ke?

A: Hehehhe tu sila layari laman webnya di sini atau di sini.

Q: Then, berapa harga yuran untuk playgroup, bayaran untuk seminar, bengkel ni? Mahal tak?

A: Tu kene layari website GBOB jugak untuk tau detail. Atau terus tanya watie. Mahal and murah adalah perkara subjektif. Tapi, boleh dikatakan harga yang ditawarkan oleh GBOB adalah sangat berpatutan. :)

Jadi tunggu apa lagi kawan-kawan, jom kita mengeniuskan anak kita dengan cuba membuka minda kita dengan menghadiri class dan seminar yang di anjurkan oleh GBOB ini. Seminar yang terdekat adalah pada Januari ini. Cepat-cepat dapatkan seat anda… :)

Note: Genius Baby On Board merupakan salah satu daripada penaja untuk Adrini’s 1st Anniversary Contest.

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails