~ Khayra Bekerja Keras ~

~ Khayra Bekerja Keras ~

Hari jumaat lepas saya, abang dan Khayra sama-sama ke Bangi untuk membersihkan rumah kami. Alhamdulillah, rumah tersebut dah ada penyewanya. Bakal penyewa tu, nak masuk isnin ni. Tu yang agak kelam kabut sikit nak membersihkan rumah tu. Mula-mula bakal penyewa tu cakap nak sewa bulan januari masuk, tup-tup nak masuk awal… Kami memang kelam kabut sedikit la sebab rumah tak kemas tak apa pun… Hehehehhe Tak sempat2. weekend asyik ada je bende. Ini salah satu daripada berita baik untuk kami bila dah masuk tahun baru nih.. :) Hopefully more will come… :D

Hari tu, Khayra la yang paling excited. Mula-mula tu merajuk dengan abah, sambil mecebek-cebek sebab abah tak kasi tolong. Yela, time tu tengah bersihkan toilet. Takut dia terjatuh or terhantuk memana. Sudahnya terus cari saya untuk nenen.. Kihkihkih Tak nak lepas even dah tau dia memang dah habis susu dah.. Adooi…. Lepas tu saya pun tukar taktik.. Kasi dia pegang penyapu.. Tanya nak tolong tak.. Lepas tu apa lagi.. Hah… Inilah gaya orang menolong ummi and abah. Bila abah tolak-tolak air, dia pun sama gak, tolak air masukkan dalam toilet.. happy dapat main air.

Time tu agak penat sikitla sebabnya paip yang kami bawak, tak sesuai dengan kepala paip kat rumah tu. Kepala paip dia besar. Tu yang mengangkut guna baldi and gayung je. Tu pun Khayra dah happy, cuba kalau ada paip air.. Saya takut Khayra tak nak lepas je paip tu nanti… Sebabnya tu salah satu feberet dia jugak… Hahhahahahha

Khayra n new house 1 Khayra n new house

Inilah Khayra dengan penyapu… :)

Habis mencuci kami cepat-cepat amik stok One drop untuk bagi kat cousin saya sebab dh lambat dah time tu. Lepas tu kemas-kemaskan diri terus ke rumah sepupu abang kat subang. Sebenarnya hari tu, kami semua berkumpul kat sana untuk majlis hari sabtu. Sepupu abang tunang. Jadi kena tolong apa yang patut semua. Bila kami sampai, everything almost done. Wahhh… tak sempat nak tolong apa pun. But saya tau esoknya mesti ada banyak keje especially tang finishing hehehehehe.

Oklah, enough for now.. Nanti saya sambung lagi.. Till next post… :)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails