~ Happy 3rd Anniversary To Me… ~

~ Happy 3rd Anniversary To Me… ~

Semalam birthday Khayra, hari ni pulak anniversary ummi dan abah.. :) Alhamdulillah, dah 3 tahun saya bergelar isteri orang. Pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu. Kalau nak kata 3 tahun ni adalah lama, tidak jugak… Kami belum pun lagi melepasi fasa pertama perkahwinan. ( Kalau tak silap saya, saya ada baca melepasi fasa pertama bila dah lepas 5 tahun. ) Then kalau nak cakap sekejap pun, tak jugak.. Macam-macam jugak la yang jadi untuk mengenal hati budi masing-masing. Pengalaman pahit, masam, masin, manis itu semua rencah hidup berumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hehehhehe teringat rangkap lagu ni dalam filem P.Ramlee – 3 Abdul.

Sempena anniversary saya yang ke-3 ni, saya tak tau nak celebrate kat mana. Hahahhahahha dah 3 kali tak leh celebrate jauh-jauh. Tahun pertama, saya bagi hadiah dengan melahirkan Khayra sehari sebelum anniversary, Tahun ke-2 pulak jatuh pada bulan ramadhan ( Saya malas nak travel jauh-jauh kalo kata nak honeymoon pun.. :p ) Tahun ni pun jatuh pada bulan ramadhan jugak which is bulan yang memang weekend je busy..  Bila nak jenjalan? :P So, tahun ni saya plan nak masak sendiri je la kat rumah. Hehehehhehehe Jimat sikit belanja… :P Nak masak apa ek?? Hehehehhe Tunggu………………………….. surprise… :P

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amiin…

Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu Berjaya.

Surah Al-Imran Ayat 200.

Ni doa yang mak mentua saya bagi (dalam quote ni je) pada saya untuk saya amalkan setiap hari.  Doa untuk kebahagiaan rumah tangga katanya. :) Insyaallah.

Saya tak boleh nak paste kat sini ayat dia. Tafsiran je ek.. nanti cari sendiri.. :)

Happy Anniversary to me and abang…. I love you so much. No kata-kata romantis ek, sebab tak pandai… Hahahhaahahhahahhahahhahaha

Happy 3rd anniversarySelepas saya sah bergelar pn. adha :P

gaya manja la kononMe and my hubby… I love you so much dear….. (L)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Kes Kecurian Di Masjid ~

Opps… Sesiapa baca wall post saya di facebook mesti ingatkan saya yang kena curi kan? huhuhu so sorry… tu bukan saya.. husband saya.. dia melepaskan geram di FB saya sebab dia takde FB. Boleh tak? Hahhahahha Kongsi FB lagi tau.. Baru romantik… Ekekekkekekke Ok.. ok… cerita pasal kecurian tu kan, ni dah  2 kali husband saya kene copet kat masjid dalam bulan ni SAHAJA.

Yang pertama tu, kena curi kasut. Biasalakan kasut kene curi.. Yang pakai kasut g masjid buat apa?? Sebenarnya time tu abang jadi committe untuk satu majlis kat office dia. Tu yang kene pakai formal kat masjid tu sebab nak sediakan segala macam persiapan. Belum habis takat tu, minggu lepas, lepas balik daripada family day gathering kitorang, handphone and wallet pulak kena curi.

Macam mana kena curi? Satu handphone kat poket depan, wallet pulak kat poket belakang? Kami berhenti untuk solat jumaat di masjid wilayah. Sebab lepas tu abang nak ke LHDN. Sementara tu saya tunggu la kat area tu kan. Disyaaki kejadian berlaku semasa berada di toilet. Huhuhu Rasanya tak khusyuk la kot abang time tengah sembahyang jumaat tu.. Sebab lepas habis je, terus jumpa saya and suruh saya cepat-cepat pegi ke kereta nak cari wallet kot-kot la tertinggal dalam kereta. Lepas di pastikan takde, abang terus call pihak tertentu untuk block segala mak nenek yang boleh digunapakai oleh pencuri.

So, apa yang hilang? Nasib baik gak la abang tak pernah simpan duit cash dalam wallet. So, cash takde yang lesap. Yang hilang cuma segala macam kad je la.. Tu pun, abang terus call bank semua untuk block kan mana-mana yang berkenaan. Handphone pulak, nasib baikla handphone yang dicuri tu speaker dah rosak, ( kalau nak cakap kene guna loud speaker yang mungkin pencuri tu tak tau.. Hehhehehehe ) then penutup batery pun asyik dok terbukak je… Batery lama, memory card ciput. CUMANYA, apa gambar-gambar dalam handphone tu, num telefon dalam handphone tu la yang berharganya.. Huhuhu

Lucky, ada orang jumpa wallet abang. Nak tau jumpa kat mana? Kat giant Kelana Jaya. oh.. First of all Thanks to najwa sebab bagitahu kami pasal orang call bagitahu wallet dah dijumpai. Tak sempat nak ucap thanks lagi sebab handphone husband yang bawak ke hulu ke hilir sekarang nih.. :) Berbalik pada cerita tadi, mula-mula ingatkan orang yang jumpa tu duduk kat kelana jaya. Rupa-rupanya, wallet tu dijumpai di toilet giant Kelana Jaya. Just imagine dari Masjid wilayah le Giant Kelana Jaya. And thanks to adik tu sebab sanggup telefon balik and pulangkan wallet abang tu. Yang takde credit card dengan IC je. Yang lain semua ada. Alhamdulillah walaupun IC tu sangat penting ( takut jual kat black market) tapi dah ada rekod hilang kan? :D

Itula ceritanya.. Mula-mula agak kelam kabut gak la sebab nak kene buat balik IC, lesen semua tu balik.. nak buat police report and nak kene buat sim card lagi. Then bila dah jumpa balik lesen semua tu, abang cuma buat IC je la sabtu lepas. :)

Itula cerita kecurian di masjid. Kesian pencuri tu, dapat wallet takde duit, credit card pun bukan boleh guna, dah kene block, handphone lak, jenis yang tak laku sebab dah memang rosak teruk.. Free-free dapat dosa je mencuri.. Dah la mencuri kat rumah Allah… Tak malu betul… :(

Nota: Apa nak jadi la zaman sekarang ni…

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Patut Ke Lelaki Buat Kerja Rumah? ~

Soalan : Patutkan lelaki buat kerja-kerja rumah? Seperti membasuh baju, menyidai baju?

Person 1 : Ohh.. tidak, lelaki kena duduk rileks je, sebabnya kami dah penat bekerja satu hari di pejabat dan memang memerlukan rehat. Kat rumahla masa untuk rehat.

Soalan : Kalau kira macam tu, macam mana pulak dengan isteri yang bekerja?

Person 1: Oh, itu adalah tugas isteri. Memasak, membasuh, mengemas. Lelaki mana tahu buat semua tu.. :)

Patut ke lelaki buat kerja rumah?
Beberapa hari lepas, saya adala dengar kat Fly.FM tentang topic lelaki ni patut ke buat kerja rumah. Of course la feedback dari perempuan paling banyak yang keluar dan masing-masing cakap patutla membantu especially kerja-kerja berat. Dari lelaki pulak, of course la diorang tak nak kan? Hehehheheh reasonnya, diorang ni dah keja penat-penat dan diorang ni pulak more on kerja berat-berat macam betulkan atap bocor, betulkan kepala paip pecah dan sebagainya. Argument yang memang takkan habisla kalau kita dok hujahkan. :P

Walaupun argument yang takde sape pun menang, saya nak jugak kasi pendapat saya. :P Bagi saya, tak salah kalau lelaki tu membantu sikit dalam hal-hal kerja rumah ni. Macam sidai baju ke, cuci toilet ke, vacum rumah ke, masak ke ( masak? hehhehehe sesekali la.. :P ) atau apa saja yang boleh di bantu. Sebab kerja-kerja tu, bukannya menjatuhkan ego pun, malahan isteri lagi berbesar hati and makin kasih pada suami.. :D

Bukan ke itu tugas isteri?
Betulll.. Tu memang tugas isteri. Memasak, mop lantai, jaga anak, jaga suami bla-bla-bla. Saya tidak nafikan itu memang kerja kita orang perempuan nih. Sapa yang berani menidakkan? Hehehhe Rasa macam superwomen pulak kita ni kan? macam-macam benda kita boleh buat. :D Bagi saya, memang itu tugas isteri sepenuhnya KALAU isteri itu tidak bekerja. Sebab tu saya rasa tak salah kalau suami sama-sama menolong atau membantu kita di rumah. :)

Kenapa saya cakap tak salah?
Saya cakap tak salah, untuk saya wanita dan isteri yang bekerja ni. Bagi saya, kalau saya willing untuk membantu suami dalam mencari nafkah, dan memang suami mengizinkan, tidak salah kalau kerja rumah, kita buat sesama. Bukanla suruh buat semua, tapi membantu dalam hal-hal yang boleh dibantu. Macam sidai baju ke, vacum ke.. Sebabnya, kalau nk cakap tugas tu semua tugas perempuan, then bukan ke mencari nafkah tu tugas suami? :)

Unless, kalau suami kata tak perlu bekerja, dia mampu untuk sara keluarga, lepas tu, kita ni ha, tergedik-gedik jugak nak kerja, kononnya nak cari duit sendiri so, tu tanggung sendiri la ye kalau suami tak nak tolong.. :P

Overall, bagi saya, kalau kita isteri ni bekerja, saya rasa patutla suami ni buat kerja rumah. Bantu si isteri jugakla.. Kalau tak banyak, sikit pun jadila.. :) Tapi kalau suami tak nak buat kerja rumah pape pun, and isteri dia memang tak kerja, ok kot kalau diorang tak nak.. Kalau nak bantu jugak tak salah pun.. Lelaki kan kuat? :D

Itu pendapat saya la kan…. Mungkin ada pendapat lain ke? (F)

What say you?  (I)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails