July 30, 2017

Keibubapaan : Tips Berkunjung ke Baby Expo

Apa khabar semua? semua sihat? Hehe Hari ni saya nak share tips khas untuk mommies or mom to be yang suka berkunjung ke Expo Bayi. Korang semua kalau pegi tempat-tempat macam ni, and bawa anak atau anak-anak, korang akan guna stroller atau ada alternative lain? (abaikan jawapan tinggalkan anak di rumah ye.. 😉 tu bukan penyelesaian. )  * peace *

Nak cerita tentang Baby Expo ni, kalau ikutkan tahun ni sangatla banyak Expo Baby ni. Tak seperti tahun-tahun sebelum ni, yang sangat terhad. Walaupun ia sangat banyak, tapi mommies pasti nak datang kan? Hehe

hehe Macam saya, walaupun Adrini’s tak buka booth di sana, saya akan cuba ajak encik abang saya walaupun saya tahu dia tak suka bersesak-sesak especially dengan anak-anak. 😀 Ajak jenjalan pusing keliling sekejap.

Jadi di sini saya kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba pakai semasa nak berkunjung ke sana. Mungkin ada yang sesuai dengan korang. 🙂

1. Elakkan penggunaan stroller, cuba gunakan ‘ Baby Wearing’ .

Siapa di sini pernah dengar tentang baby wearing? Untuk yang tak familiar dengan words “Baby Wearing” ni, biasa nampak tak nampak mama-mama yang bawak anak dalam carrier tu? Yes, itu adalah baby wearing. Dalam bahasa mudah, kendong bayi/anak dibantu dengan medium seperti baby carrier. Untuk baby carrier ni, bukan semua baby carrier selamat digunakan atau elok digunakan. Ada beberapa ciri yang perlu di ketahui sebelum memilih baby carrier yang sesuai. Macam mana nak tau yang sesuai? Pastikan buat research dan cari carrier  yang ergonamik. Explanation lebih lanjut, nanti saya buat post baru pasal ni. 🙂menyusu mengandung dan keibubapaan by adrinis

 

Kenapa saya suggest guna alat pengendong ni, sebab suami saya adalah seorang suami yang paling tak suka guna stroller dalam kawasan sesak dengan orang ramai. Dia kata leceh nak tolak di kawasan yang banyak orang and halangan-halangan bila tengah sesak boleh membantutkan mood dia. Jadi, suami kesayangan saya ni, takkan bawak stroller bila kat kawasan sesak macam ni. Nak tau apa alasan encik suami saya?

“Bawak penat-penat sudahnya anak-anak tak duduk pun kat situ. Nak bangun, nak jalan, nak dukung. Penat je tolak stroller kosong, nak elak-elak orang yang sesak lagi, lagi bikin panas hati.”

Ok understand. Jadi saya yang nak happy-happy di sana, tak nak hilang mood antara suami isteri pastinya memikirkan cara yang paling effective dan memudahkan. Yes.. jawapannya Baby Wearing.

Cara ni bagi saya sangat bagus. Kenapa?

1. Anak saya sangat aktif, especially si adik. Sekejap sahaja dia boleh berlari and saya takut saya tak mampu nak kejar. Dengan berBW, sayang boleh control anak saya.

2. Bonding antara ibubapa dan anak-anak. Anak yang kita kendong, sangat dekat dengan kita. Dalam keadaan orang yang sangat ramai, muka-muka stranger, boleh sebabkan anak kita berasa gusar dan tidak selesa. Terutama baby. Jadi kalau anak tu berada dalam dakapan kita, secara automatik dia akan rasa selamat. Bila dia rasa selamat, insyaallah. Sudut pandangan pun lebih luas. (daripada duduk di dalam dan nampak kaki-kaki stranger.) Dan kita boleh tahu apa yang anak kita ingini.

menyusu mengandung dan keibubapaan by adrinis

 

 

Gambar saya berbaju pink ni, semasa saya di IDCC Expo. Haa… time ni, lagi mencabar. Facilities yang ada di bangunan ini sangat terhad. Exhibition Hall di tingkat atas, no lift, no elevator. Untuk yang bawa stroller pasti menghadapi kesukaran. Betul tak?

Ini gambar kami semasa habis melawat Expo di mid valley bulan October 2014 yang lalu. Kakak Khayra yang ambilkan gambar. Hehehe Walaupun takde barang nak beli pun, habis jugala kami tawaf satu expo itu dengan jayanya. Hihihihihih

 

Menyusu mengandung dan keibubapaan by adrinis

 

2. Cuba datang paling awal atau paling lambat.

Biasanya kalau Expo baby yang besar and banyak participant, orang akan ramai berkumpul di pintu masuk sebelum masa yang sepatutnya. Ini kerana nak jadi orang pertama atau terawal yang sampai. 🙂 Jadi, korang boleh cuba jadi orang terawal, atau cuba jadi orang terakhir. Sebab masa ni, walaupun ramai yang datang, hall masih kosong dan kita boleh survey dulu mana-mana booth yang ada. Masa ni, kalau tak tau nak cari apa, boleh tengok apa yang berbaloi dan senaraikan. Kalau dah tahu apa yang nak beli, boleh terus pegi dan beli. 🙂 Cuma kalau perempuan ni, biasanya takkan puas walaupun dah dapat apa yang nak, jadi akan request pusing satu expo. Betul tak? 🙂

Untuk saya, kalau datang awal pun, masa tu saya dengan suami akan cuba jalan dan pusing sahaja keliling Expo tu. Pegi setiap booth dan cuba tengok apa yang di tawarkan. Saya tak berhenti lama di sesuatu tempat sebab kami cuba cari best price. Hehehe Bila dah selesai, kami keluar dan berjalan-jalan sekitar kawasan, untuk elakkan suasana yang sesak tu. Bincang apa yang nak, atau tak nak. Buat kira-kira barang yang di beli. Kadang-kadang kami terus balik atau bila ada bende yang nak, kami pusing semula dan berhenti tempat yang kami ingini. Pilih-pilih dan bayar. Memandangkan saya dan suami ber ‘baby wearing’, ia amat mudah sebab kami jalan terus and elak-elak. hehehe Kakak pula dah besar tak banyak kerenah. Pegang tangan and follow. Cuma berjaga-jaga dengan masa korang. Tengahari amat kritikal sebab anak-anak ni akan berasa lapar. Hahahaha

3. Tidak Perlu Register di Kaunter Pendaftaran.

hehehehe ok.. kadang-kadang kita ni perempuan memang suka bende-bende free ni. Selalunya Expo yang best and besar, sponsorship daripada brand-brand yang besar sangat banyak. 😀 Memang tempting. Perkara pertama yang perlu difikirkan sebelum beratur, fikirkan suami korang dan anak atau anak-anak. Kalau suami korang jenis kurang sabar, sila la elakkan daripada kaunter pendaftaran. Kalau anak korang jenis tak boleh duduk diam, sila elakkan procedure ni. Ini kerana kalau line beratur tu je sampai keluar kawasan exhibition, itu je dah berjam-jam beratur, fikirkanla suami korang. Takut mood suami daripada ‘ok’ ke ‘ko’. Hehehe Abaikan sahaja rasa hati nak dapat free gift tu and jalan terus. hihihihi

Pssstt, satu lagi tips, adalah pergi masa rehat hari jumaat atau lepas balik kerja hari jumaat tu. Hehehehe Masa tu, kita boleh guna untuk survey harga and tengok booth mana yang ada. Nanti, hari Sabtu, boleh terus tuju ke booth yang berkenaan. Snap dan bayar. Kalau suami ok, suami tak kisah, boleh la bawa dia pusing keliling kawasan.

Hehe and tips yang pertama tu, boleh apply kalau kita ke mana-mana tempat yang sesak. Tidak terhad semasa expo sahaja. Tempat-tempat macam ni, memang biasanya akan buat orang panas hati. Jadi, kita kena pandai control situation.

Owh, iklan sekejap. Ahad (23 November 2014) adalah hari terakhir Adrini’s di Maternity & Children Expo di midvalley. Juga hari terakhir untuk tahun ini Adrini’s join BABY EXPO. Jualan penghabisan stok sedang berjalan. Kami nak clearkan semua stock lama dengan harga terendah kami tawarkan. 😀

Temui kami di Booth A55 & A54 Hall 1, belakang TollyJoy, berhadapan Tommie Tippie, Bersebelahan GUGU dan Huggies serta Baby Love.

Happy shopping korang.

Regards,
Sharini – Life is about Compromise each other, Understand Each Other

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *