July 30, 2017 menyusu mengandung dan keibubapaan by adrinis

Mengandung : Ghilah – Menyusukan Anak Ketika Hamil

Salam & Salam Sejahtera semua,

Selepas belek-belek dan baca post lama dalam blog lama, tertarik dengan topik ini. 🙂 Antara semua posting saya, topik ni adalah paling lama saya tulis dan paling banyak research saya buat. 🙂

Post ni memang untuk cerita yang sudah bertahun lama punya.  Jom, baca terus apa yang saya karang dan isi untuk post saya mengenai ibu yang menyusukan anak ketika mengandung .

Kali ni cerita basi ku jugak.. 2 minggu lepas.. heheh Dah 2 minggu berlalu, and saya baru nak post pasal menyusukan anak ketika hamil.. atau dalam erti kata lain, menyusu ketika mengandung. Kenapa tiba2 saya buat satu entry pasal ni? Hehehhe No No No.. Bukan bukan bukan… Mesti korang ingat Khayra nak dapat adik kan? Sebab tu dok kecoh nak buat topik nih.. 😛 Sebenarnya saya terpanggil tuk buka topik ni sebab cerita 2 minggu lepas. Mula-mula saya percaya yang kalau time mengandung pun, kita boleh menyusukan anak kita.

Kenapa saya sangat nak tau pasal mengandung and menyusukan ni? Saya agak confius sikitla pasal ni sebabnya ikut pembacaan saya yang tak seberapa, saya tau boleh kalau kita sambil pregnant, kita menyusukan anak kita. Tapi ramai la pulak yang cakap tak boleh. Dan ada sorang kakak ni bagitau kalau kita pregnant, tak elok kalau kita menyusukan anak. Alasannya, susu kita tu tidak lagi mempunyai khasiat yang sepatutnya untuk anak kita. Dengan bagi susu kita ni jugak boleh mengundang perkembangan otak yang tidak sihat kepada anak kita. Anak kita boleh jadi lembab… Saya masa tu agak terkejut jugak. Bila saya tanya balik pasal tu, kakak ni cakap yang memang dah ada research bagitau pasal khasiat susu tu dah tak sama and ikut hadith pun cakap tidak elok. Memang lepas tu, dia nasihatkan pisahkan anak kalau dia menyusu badan dengan kita.Sebab kn kakak ni dok kaitkan dalam hadith pun ada tulis, membuatkan saya rasa nak cari lebih detail lagi pasal menyusukan anak ketika hamil nih. Tu yang lama gak post ni saya baru post sebab saya mencari info bagai.. 😛

Mula-mula meh saya kongsikan pendapat orang tua kalau tiba-tiba kita mengandung and still menyusukan anak ni.. Kalau orang tua dulu2 memang tak kasi. Even nurse pun akan cakap suruh berhenti kalau menyusukan anak ni. Betul tak? Banyak sangat yang bagitau tak elok menyusukan anak ketika mengandung. Ada yang cakap, kalau mengandung lagi nanti, tak elok bagi anak susu badan sebab anak kita tu dah tak minum susu dah.. Dia dah minum darah, bukan susu lagi. Hehehhehe yang ni, memang saya tolak terusla alasan ni. Walaupun ada yang bgtau, susu ni memang asal-asalnya darah. Sebab saya ni kureng sikit bab2 yang macam ala-ala tak logik ni…. 😀 Saya senyap je.. Tak nak komen lebih2… Ahaks.. Lepas tu, ada yang cakap susu tu dah jadi hak adik. Bukan hak kakak/abang dia lagi.. Ada jugak yang bagitau nanti badan kita pulak takde nutrisi. Anak dalam kandungan tak cukup zat dan sebagainya. And semestinya, semuanya negatif belaka.. 🙂 And saya percaya sekiranya la kan… In casela… kalau la Khayra dapat adik.. IN CASE tau… family saya sendiri akan bantah.. Hahahhahaha Sebab tu saya rasa tak salah tambah ilmu ni… At least saya ada pengetahuan and boleh defend diri saya bila tiba saat tu. Macam saya memperjuangkan kebaikan BF di mata diorang… 😛

Lepas tu saya mulakan pencarian saya… Sebab saya nak tau lebih detail lagi, saya memang bercinta sakan la dgn mr. google. Heheheh sakan konon… lepas tu amik masa lebih 2 minggu… ekekkekeke Amik masa yang agak lama jugak sebab hubungan kami hanya mampu sekejap2 je.. Sebab saya sangat busy dengan keje saya… 😀 Saya ada jumpa kat hamid arshad punye website. kat link ni.. Ada sorang kakak ni bertanyakan pasal mengandung sambil menyusu. Ni tahun 2006. Dah lama jugakla.. Mungkin tak releven, tapi biarla kita kongsi bersama.. 🙂

Soalan:

assalamualaikum dr..
saya berusia 26 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 14 bulan. saya baru saja disahkan hamil 7 minggu. untuk pengetahuan dr, anak sulung saya masih menyusu badan. saya pernah terbaca bahawa menyusu semasa hamil adalah merbahaya. kenapa? saya merancang untuk mengurangkan penyusuan badan secara beransur-ansur sebelum berhenti sepenuhnya. adakah ia akan menjejaskan kandungan saya sekiranya saya terus menyusukan anak sulung saya untuk tempoh sebulan lagi? harap dr dpt memberi penjelasan dan nasihat yang sebaiknya.
terima kasih atas kerjasama dr.

Jawapan:

Menyusu semasa hamil boleh menyebabkan keguguran terutama jika seseorang mempunyai kes sejarah keguguran yang tinggi. Ini kerana hormon prolactin menyebabkan pengecutan rahim dan ini boleh menyebabkan janin sukar melekat.

Jika anda menyusu sewaktu anda hamil anda mendedahkan diri kepada risiko keguguran walaupun terdapat kes di mana ia tidak berlsaya.

And saya ada jumpa satu soalan daripada seorang hamba Allah ni mengenai dia terjumpa dengan satu fatwa yang menyatakan kita tidak dibenarkan menyusukan anak ketika hamil. Boleh baca kat sini ek 🙂

Soalan beliau adalah :

I heard that there are many Hadeeth saying breast feeding during pregnancy is not allowed. I managed to find only this: Partial Sunan Abu Dawood, Book 28, Number 3872: Narrated Asma, daughter of Yazid Ibn as-Sakan: I heard the Apostle of Allaah (peace be upon him) as saying: ‘Do not kill your children secretly, for the milk, with which a child is suckled while his mother is pregnant, overtakes the horseman and throws him from his horse.’ Please clarify.

And jawapan untuk soalan ini,

A pregnant woman is permitted to breastfeed her child if this breastfeeding does not cause her, her child, or the foetus she has in her womb any harm. This harm could be known by experience or by being informed about it by a trustworthy doctor. The Prophet  said: “I was about to forbid Al-Gheelah (having intercourse with one’s wife while she is breastfeeding), and then I remembered that the Romans and Persians did so, and it did not harm their children.” [Muslim]

The scholars differed in opinion when interpreting the meaning of Al-Gheelah in the above narration. Some interpreted it by a husband having sexual intercourse with his wife while she is breastfeeding. Some others interpreted it by a woman breastfeeding her child while pregnant. Anyway, in both cases, this is not forbidden if there is no real harm or when one is pretty sure that this does not cause any harm. For more benefit, please refer to Fatwa 87785.

As regards the narration which is mentioned in the question, it is reported by Ahmad and Abu Daawood and it is a weak narration.

Allah Knows best.

Bila saya jumpa pasal info ni, lagila menambahkan keyakinan kepada saya yang kita memang boleh menyusukan anak kita walaupun kita hamil. Kebanyakan yang saya google pun banyak yang bagitau kita boleh menyusukan anak kita ketika hamil.

Saya ada baca pasal Mommy Lyna, still BF kan anak dia, hafiy walaupun dia sedang pregnant. 🙂 Kalau tak silap saya, mula-mula saya baca kat e-book dia rasanya. Dalam blog Mommy Lyna sendiri ada satu topik pasal ghilah ni. Search je word ghilah. Hehehhehe Saya dah baca and saya dapati hadith yang mommy lyna dapat tu pun sama dengan hadith yang saya dapat tu.. Okeh, ni translator dia.. Mommy Lyna, saya kepilkan sikit kat sini ye.. 🙂

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Saya pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadsaya bahawa orang-orang Rom dan Parsi melsayakannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka saya tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melsayakannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Kemudian, dalam blog kak fid pun ada jugak bagitau pasal menyusukan anak ketika pregnant ni. Ia tidak menjadi kesalahan agama kalau kita tetap nak teruskan untuk menyusukan anak kita walaupun kita preggy. Ingatkan saya ada mention pasal orang tua-tua dulu, mesti akan cakap, tak elok sebab amik hak adik? Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, ni pulak cakap, takde istilah abang/kakak minum susu adik dia.. Sebab hak adik tu, adalah masa saat dilahirkan. 🙂

And saya ada baca dalam forum susu ibu tentang nutrien flow bila kita menyusu dan mengandung ni. Mana yang didahulukan dan mana yang dikemudiankan. Keperluan yang paling utama ketika mengandung sudah semestinya anak dalam kandungan kita tu kan? so, semua nutrien akan ke fetus dulu. Lepas tu baru la ke anak yang sedang kita susukan and last sekali barula kita. 🙂 Betulkan kalau info saya ni salah ye… 🙂

Dan banyakla lagi info-info yang saya dapat dari pencarian saya nih. Apa yang dapat saya simpulkan dari pencarian saya tu, Islam tidak melarang sekiranya kita ingin menyusukan anak kita walaupun ketika itu kita sedang mengandung dengan SYARAT kita mampu dan tidak memberi kesan buruk terhadap diri kita, anak dalam kandungan dan anak yang sedang menyusu.

Untuk memastikan yang kita berkemampuan untuk menyusukan anak kita walaupun kita hamil, mula-mula kita kene consult dengan pakar or doktor yang bertauliah. Minta nasihat daripada mereka. Ini kerana kalau kita pernah mengalami keadaan seperti:

  • Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
  • Pernah keguguran
  • Mengalami pendarahan semasa hamil
  • Positif GBS carrier
  • Atau kehamilan yang berisiko tinggi seperti mengandung berusia lebih dari 35 tahun atau kurang 17 tahun, ada penyakit kronik seperti diabetes dsb.

Biasanya kita tidak boleh meneruskan niat kita untuk BF anak kita. Dikhuatiri akan memudaratkan diri kita sendiri.

Bagi yang memilih untuk meneruskan niat suci murni kita ni, kita perlu pastikan yang kita bertenaga dan berkemampuan. Kita juga perlu tahu semasa kita mengandung, puting susu kita akan lebih sensitif. Penghasilan susu juga akan berkurangan. Oleh itu, kita perlu

  • Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan. Pemakanan yang sihat boleh membantu dalam menjayakan niat kita tu. 😀
  • Dapatkan rehat secukupnya sebab kita mudah untuk terasa penat.
  • Pastikan anak kita menyusu dengan betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil.
  • Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya.
  • Kita juga tidak perlu bimbang anak kita “mencuri” kolostrum untuk adiknya sebab badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan. 😀
  • Sekiranya bayi yang disusukan berumur kurang dari setahun, berikan perhatian kepada berat badannya. Ibu mungkin terpaksa menambah susu Formula sekiranya perkembangan berat badannya tidak mengikut graf yang sepatutnya. Dinasihatkan minta nasihat pakar berkaitan sebelum memberikan susu Formula kepada bayi.

Ermm.. rasa dah panjang sangat post saya kali ni.. 🙂 Saya pun rasa dah clear pasal topik ni. Walau apa pun, pilihan adalah terletak ditanga kita sendiri. Sama ada kita nak pilih cara yang bagaimana. Yang penting, kita tahu apa yang kita nak. Semuanya bergantung pada niat. Tidak kira apa je pilihan yang kita buat, yang penting, kita bahagia dan gembira. Betul tak? 😀

Antara sumber-sumber:

IslamOnline
Islam Web
Ratuhati
Baby Center
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
kak fid
Hamid Arshat
Mommy Lyna
SusuIbu
Dan banyak lagi.. 🙂

Haaa… ni memang entry yang sangat panjang. Sekali lagi saya tekankan, segala-galanya bergantung kepada tuan empunya badan. Orang lain, lain metabolisme, lain kekuatan, lain keadaan. Betapa besarnya dan uniknya ciptaan Allah SWT kan?

Apa jua pilihan kawan-kawan semua, yang penting kita tahu pilihan mana yang terbaik untuk diri kita sendiri. Sekiranya tidak mampu, boleh sahaja memilih untuk berhentikan penyusuan kawan-kawan, berhenti sebab keadaan diri. Bukan sebab percaya kepada alasan-alasan yang tidak kukuh.

Salam mesra dan terima kasih atas kesudian kawan-kawan membaca entry saya.

Jumpa lagi.

Salam Mesra,

Sharini