August 10, 2017 ibumenyusu berkerjaya

MENYUSU : Bekerja bukanlah alasan untuk tidak memberikan susu ibu

Situasi 1

Kesian saya.. Bukannya saya tak nak memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak saya, tetapi saya bekerja dan tak cukup masa untuk pam dan lain-lain. Macam mana saya nak makan tengahari kalau kena pam? Macam mana pula dengan kawan-kawan sekerja saya? Mesti mereka kecil hati kalau saya tak makan tengahari dengan mereka..

Situasi 2

Susu saya kurang sangat apabila mula bekerja balik. Itu la sebabnya saya tak memberi anak saya susu ibu sepenuhnya. Dah takdir macam tu kot..

Situasi 3

Betul ke mampu nak memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak walaupun bekerja? Bukan tak boleh ke? Saya  dulu, susu ibu ada 3 bulan pertama je. Lepas tu, makin sikit. Lama-lama takda terus. Tengokla nanti, awak punye pon akan jadi macam tu..

Best x intro tu? hehehe

Sebenarnya sebagai seorang ibu/mak/ummi yang berkerjaya, memang tak senang nak menjayakan impian kita untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak2 kita. Kita kena prepare dari segi mental, emosi serta tau apa yang kita bakal tempuhi pabila kita dah start kerja.. Adakah kita sanggup atau minat untuk pam susu setiap hari? untuk 2 tahun? kalau ada anak lagi lepas tu, mungkin extend kepada 4 tahun lagi.. sanggup ke? hehehehe persoalan yang diri sendiri je boleh jawab 🙂 walaupon mengepam ni sungguh mencabar, tetapi dengan ilmu, persediaan awal dan kesungguhan, tidak ada yang mustahil.. kedua2 ibu dan anak juga yang akan untung..

Saya sendiri pernah melalui sebagai seorang ibu berkerjaya yang berniat untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak sendiri. 🙂 Masa tu tahun 2008… Lama sudah.. 🙂 Masa tu, pendedahan mengenai breastfeeding ni sangat rendah. Tak seperti sekarang dah ada peningkatan dan ramai yang sudah mula untuk menyusukan anak mereka walaupun bekerja. 🙂 tapi apa yang saya dengar dari ibu2 yang bekerja lain, termasuklah sedara mara sendiri, menyusu dan berkerja adalah satu benda yang mustahil… Ini kerana kurang pendedahan dan kurang ilmu dalam penyusuan ini. Macam nak bintang yang jauh berbilion2 batu tu.. disebabkan situasi tu terlampau mustahil untuk mereka, mereka terpaksa memberi susu formula kepada anak pada waktu siang, susu ibu pada waktu malam.. ada juga yang terus berhenti menyusukan anak mereka dengan susu ibu..

sebenarnya, tiada yang mustahil selagi kita yakin dan mempunyai ilmu / knowledge yang cukup. Saya percaya, kekurangan ilmu mengenai breastfeeding ketika bekerja lah yang menjadi alasan utama mereka tidak dapat menyusukan sepenuhnya anak mereka. (kita ketepikan masalah kesihatan ke, or any other medical related reason dulu ye) 🙂

Disini saya nak kongsi serba sedikit pengalaman saya untuk menjayakan penyusuan susu ibu ketika bekerja full time. Ni sekadar ringkasan. Mungkin saya boleh buat satu post untuk setiap topik. =)

Kumpulkan ilmu mengenai penyusuan susu ibu terutamanya untuk ibu yang bekerja.

Kita kena mengumpulkan ilmu yang secukupnya berkenaan bagaimana untuk memberikan susu ibu ketika kita bekerja… Carilah perkongsian ibu2 lain di blog2 (macam blog ni. hehehe), forum atau group2 mengenai kejayaan mereka, masalah yang dihadapi dan segala pengalaman2 lain yang boleh membantu anda nanti. teknik2 mengepam, jadual mengepam, cara simpanan susu ibu merupakan antara ilmu2 yang perlu diketahui. Sekarang ni, ilmu ni sangat mudah di dapati. just taip sahaja penyusuan susu ibu.. nah… berderet… 🙂

Melaburla dengan membeli Pam & peralatan menyusu yang bersesuaian dan mampu milik.

Sekarang ni dah bermacam2 jenis breast pump dengan range harga yang berbeza2. pilihlah breast pump yang kita rasa selesa. saya mintak tolong kepada semua, jangan beli pump semata2 kerana nak beli yang branded, nak sama macam kawan2 atau nak menunjuk2. Bagi saya, kalau mampu, carilah yang electric double pump untuk menjimatkan masa kita untuk mengepam susu ibu kita… Kalau tidak mampu, manual pumping pun dah ok… 🙂 Lagipun, untuk pengetahuan semua, breast pump yang terbaik dan paling murah adalah tangan kita.. hehehehe Tak percaya? untuk info lanjut pasal jenis2 pump dan teknik pam guna tangan. Gunakan teknik Marmet. Boleh refer kat post ini.

Even saya guna pam, bila final, saya kosongkan B dengan menggunakan teknik marmet ni. Surprisingly, susu masih banyak lagi… 🙂

Selain daripada pam, kita juga perlu sediakan serba sedikit peralatan/aksesori penyusuan seperti botol/plastik penyimpanan/cooler bag etc. 🙂

Sediakan stok susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja.

Mula untuk practice mengepam dan menyimpan susu ibu paling2 lambat 2 minggu sebelum mula bekerja. susu yang dipam dan disimpan ini akan menjadi stok2 susu ibu kita pada awal2 masa mula bekerja. ini untuk mengelakkan kita menjadi stress dan bermotivasi rendah sebab stok susu ibu kita sedikit/tiada. Ketika ini juga, start ajar anak kita untuk menyusu melalui botol. Nanti saya kupas lagi point ni. 🙂

Rancang masa dan tempat yang sesuai untuk pam.

Kita mesti rancang masa yang sesuai untuk kita pam di office. Paling lewat setiap 4 jam sekali. Pukul berapa nak mulakan pagi tu, terpulang pada kita. Let say start every morning at 8am, jadi setiap hari mesti pukul 8pagi. Konsisten sangat penting. Nak tahu kenapa? Sebab demand dan supply. Itu mesti kena ingat. Bila dah konsisten pukul 8pagi kita pam, jadi, secara automatik, supply akan tersedia pada pukul 8 pagi tu. sebab setiap hari demand tu ada. Tu sebabnya konsistensi amat-amat penting. Skip pumping boleh menjejaskan supply kita juga. 🙂

Senang cerita, kalau kita memang setiap hari makan pagi. sebabkan ada demand sarapan, adala kedai yang buka. cuba imagine, semua bawa bekal pagi. dah takde yang nak sarapan pagi kat kedai, agak2 kedai tu tutup ke tak? Hehehheh

Tempat juga main peranan. Masa saya mula2 nak pam dulu, saya akan pam di surau. Tersangatlah memakan masa.. Sebab nak kena turun naik lif, lepas tu tinggalkan kerja kat office. Satu hari, bila saya beranikan diri untuk pam di cubicle sendiri, saya dapat jimatkan banyak masa sebab saya boleh pam sambil buat kerja.. 🙂 Time awal-awal tu dah la saya seorang je pekerja perempuan. Alhamdulillah, kawan2 sekerja lain tak kisah dan mereka pun kekadang tak perasan langsung yang saya tengah pam. hehehehe Yang penting tutup segalanya. Kita tetap menjaga aurat. =)

Beritahu majikan anda

Bagi saya, bincanglah dengan majikan terlebih dahulu berkenaan penyusuan susu ibu ini. Mengenai masa yang kita kena gunakan ketika mengepam, elektrik (kalau guna pam elektrik) dan segala yang berkaitan. Mana tahu, kita ada bos yang sgt prhatin dan tidak kisah dgn niat kita asalkan kerja jalan? Daripada sorok2, end up bos bising asyik hilang je.. 🙂 Sedikit peringatan untuk kita semua, niat kita untuk memberikan susu ibu kepada anak2 kita adalah tersangat murni. Oleh itu, peliharalah kesucian niat itu dengan meminta kebenaran dari majikan untuk menggunakan elektrik office (untuk yang guna pam elektrik) dan sedikit masa bekerja untuk pam. =)

Percaya “Saya boleh”..

Mind set dalam diri kita adalah paling penting sekali.. Sentiasa berfikir positif dan berkata kepada diri “saya boleh memberikan yang terbaik kepada anak saya dengan susu ibu sepenuhnya walaupun apa jua halangan dan cabaran.”.. Breastfeeding bukan hanya untuk ibu-ibu yang duduk di rumah, atau ibu-ibu yang berduit atau ibu-ibu yang kerja dekat dengan anak, tetapi breastfeeding adalah untuk semua ibu. Pilihan adalah di tangan kita. =)

Stay Happy,
Breastfeeding is a learning process. Master It & Use it wisely. – Sharini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *