August 7, 2017

Menyusu : Breastfeeding 101 – Cara Lekapan Yang Betul

Satu soalan untuk mommies atau readers semua. Pernah dengar atau baca mengenai latching on tak? Ni term dalam konteks penyusuan susu ibu eh.. 🙂

Ok.. actually latching on atau pelekapan ketika menyusu adalah perkara asas atau breastfeeding basic dalam dunia penyusuan. Jangan terkejut, pasti ada, kali pertama kita nak susukan si comel, masalah timbul kerana tidak latch dengan betul. Walaupun orang kata breastfeed ni natural, baby tu dengan sendirinya akan pandai menyusu, dan kita akan pandai nak susukan anak, sebenarnya ia lebih kepada macam kita sama-sama belajar macam mana nak dapatkan the right feel. Jadi tentu tentu error tu ada kan? hehehe

Perkara utama dalam penyusuan, adalah pelekapan yang betul. (macam dah berkali-kali je cakap.. 😀 ) heheheh ok, ni sebenarnya nak tunjukkan yang perkara basic ni adalah penting. Sebab?

1. Kalau tiada latching on, maka tiadala proses penyusuan kan? betul tak? hehehe

2. Sekiranya proses penyusuan berlaku dengan betul, lekapan ketika menyusu itu betul, ia akan selesaikan banyak issue yang timbul. Antaranya?

  • Masalah sore nipple  tiada.
  • Dapat elakkan berlakunya breast engorgement. (sakit woooo…)

ok.. saya nak kongsi satu cerita.

Cerita ni, happen masa anak pertama saya dulu. Khayra menghadapi masalah sikit masa nak menyusu dengan saya selepas dia di lahirkan.. Hehehe Awal-awal saya memang request nak susukan baby kan.. Jadi, lepas khayra dibersihkan, khayra terus diletakkan dalam bilik yang sama. Yes this is the good part. Saya cuba untuk bagi titisan emas yang pertama kepada Khayra dan alhamdulillah, masa tu saya rasa saya berjaya susukan sebab lepas menyusu Khayra terus tertidur. Dua jam sekali saya bangunkan untuk bagi susu dan saya rasa happy sebab INGAT dah betul dah cara saya bagi. Saya tak rasa tegukan sangat TAPI masa tu takde rasa sakit di puting.

Masalah timbul selepas malam menjelang. Selepas lebih kurang 8 – 10 jam Khayra lahir, penyusuan kali ke berapa ntah, tiba-tiba saya rasa cik B macam penuh sangat dengan susu dan masa Khayra nak menyusu dan lapar tu, Khayra start nangis-nangis dan tak boleh nak hisap. Memang menjerit-jerit sebab kelaparan dan tak lama kemudian, nurse sampai. Bila nurse sampai, nurse tolong saya betulkan kedudukan Khayra dan ajar cara menyusu. Longgarkan bedung dan cuba posisikan diri dalam keadaan selesa. Bila semua tak boleh buat dan Cik B makin penuh susu, saya pulak tak pam cik B sebab tak expect susu di hasilkan dengan cepat, nurse suggest saya untuk pam dan feed Khayra dengan sippy cup. Alhamdulillah, lepas pam tu, saya baru rasa lega dan lepas Khayra minum sikit dari sippy cup tu, dia bertenang. Lepas tu saya habiskan pam and guess what.. saya dapat lebih satu botol penuh malam tu. Bila Cik B dah macam normal, nurse suruh cuba lagi, and surprisingly, She’s doing great. Dengar bunyi tegukan, aerola lebih separuh dalam mulut, dan Khayra seperti puas hati menyusu.

Jadi, apa kesilapan saya masa ini?

.

.

.

.

.

.

Yes, masa ni, kesilapan saya adalah cara pelekapan yang tidak sempurna. Mungkin nasib saya baik, susu saya terhasil selepas beberapa jam Khayra di lahirkan. Jadi saya belum sempat rasa sore nipple tu, terus bengkak and khayra terus tak boleh menyusu. Cuba kalau susu belum terhasil, dan cerita ni terjadi berulang-ulang, hinggakan kene sore nipple dan saya give up sebab susu pun jadi sikit sbb tiada rangsangan yang betul.

Saya admit tu kesalahan saya dan pendapat saya kesalahan yang terbesar biasa kita-kita especially mommies yang baru nak berjinak dengan dunia breasfeeding adalah masa nak susukan tu, kita bagi baby  bahagian puting sahaja. Padahal, sepatutnya kita perlu pastikan sebahagian besar cik B perlu berada dalam mulut si comel itu. At least lebih daripada separuh aerola tu ada dalam mulut si comel yang kecik kiut miut itu. Kalau mommies mulut si comel tak luas sangat, nanti cuba tolak-tolakkan sikit bahagian aerola tu dalam mulut si comel. Bila latching on ni betul, insyaallah susu juga terhasil dek kerana signal yang diberikan dan rangsangan dari mulut si comel kita.

Macam mana nak tahu betul atau salah proses latching ni?

  1.  Mommies boleh buat macam cara saya bagitahu tadi, bantu dengan cuba tolak-tolakkan sikit bahagian aerola tu masuk dalam mulut anak kita. Pastikan aerola dalam mulut anak kita.
  2. Masa proses menyusu tu, takde dengar bunyi macam menyedut atau menghirup tu.. bunyi macam mmcap mmcap mmcap. orang kata mengicap ke apa tu. Proses yang betul adalah dengan hanya mendengar bunyi susu tu di telan. Tak bising la bunyi mulut tu. Kira masa menyusu tu, kalau kita senyap je, kita cuma dengar bunyi menelan je. Hehehehhe
  3. Kalau rasa sakit masa proses menyusu tu, tu pun tanda yang baby tak melekap dengan betul. Ia adalah proses yang tidak menyakitkan ye mommies.
Cara pelekapan yang betul
Image courtesy by Motherbabycare via google

Jadi momies boleh start over dengan cara cuba masukkan jari kelingking di hujung mulut si comel dan keluarkan nipple. Cuba balik dan cuba lagi sampai kita dapat posisi yang betul. Iaitu posisi ANAK HAPPY, MOMMIES SELESA.

Saya pernah karang satu entry yang details mengenai cara pelekapan yang betul. Kalau apa ringkasan yang saya tulis ni mommies masih tak faham, boleh rujuk di link ini. Teknik Penyusuan Yang Betul atau Teknik Pelekapan yang berkesan.

Apa yang penting di sini, jangan give up dan jangan stress. Bila kita stress, anak kita pun stress juga. Mereka ada instinct tau. Jadi bila kita hadapi masalah anak susah nak menyusu atau nipple kita sakit, cuba troubleshoot dulu. Jangan pening-pening and cuba control emosi. 🙂

Sekiranya masih tidak dapat diselesaikan masalah di atas, cuba mommies check lidah anak mommies. Berkemungkinan ada masalah tongue-tie. Kalau ini berlaku, minor surgery diperlukan dan mommies perlu dapatkan nasihat yang pakar untuk cadangan.

Stay Happy,
Ummi KA
Breastfeeding is a learning process. Master It & Use it wisely. – Sharini

Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *