Vitamin C – Apa mommy yang mengandung perlu tahu?
Kalau bercakap pasal Vitamin C, sure imagine buah orange. And kalau Vitamin C je, elok sangat-sangat ambil bila kita demam or tidak sihat. Extrakan dose, and insyaallah dia boleh tingkatkan sistem imun kita and redakan sakit kita tu. Betul tak?
Vitamin C juga sangat sangat sangat disyorkan untuk mommy yang pregnant. Sama pentingnya acid folik, kalsium dan zat besi.
Kenapa vitamin C ni penting?
Selain daripada meningkatkan imun system dalam badan, Vitamin C juga sangat membantu dalam mengurangkan stress especially bila mommy ni berhadapan dengan mood swing. Yela, mommy pregnant ni hormon tak stabil sangat hehehehe. Nak-nak masa first trimester tu. Masa tu, banyakkkkkkk sangat situasi yang mommy ni rasa tak nak lalui saat-saat bila alami alahan. Setuju tak?
Satu lagi yang mommy kene tahu adalah, vitamin C ini juga really help tau dalam membantu penyerapan zat besi dalam badan. Zat besi or nama glamer orang sebut, IRON ni kan sangat penting untuk mommy yang pregnant. Kalau iron ni kurang aduhaii.. pening kepala bukan sebab diri tu, tapi sebab ramai yang akan bising. Hahahahhaha Almaklumla, masalah sejagat untuk mommy pregnant ni, HB tu LOW or NORMAL. Hehehe betul kan?
Tapi mommy pun jangan main-main dengan HB low ni tau. Sebab banyak komplikasi dia. Mana yang takde komplikasi tu, ok la. Rezeki korang untuk tidak alami apa-apa, tapi jangan samakan diri sendiri dengan orang lain. Raikan perbezaan orang kata. Setuju?
Lagi pun, ada kajian tau, nak pastikan betul ke Vitamin C ni membantu menyerap Iron. And hasil kajian tu, terbukti, sekiranya makan makanan yang ada zat besi bersama-sama vitamin C, kadar penyerapan ke dalam tubuh badan cenggini. 👍👍👍👍
Jadi kalau mommy decide nak ambil suplemen tambahan boleh consider yang ada kandungan vitamin C. Cuma kene ingat ye, SUPLEMEN BUKAN PENGGANTI MAKANAN. Suplemen ni more untuk makanan tambahan. Mommy still kene makan makanan lain-lain juga tau.
Journey different people is Differ.
UmmiKA
Sharini