MENYUSU : 6 tips Berjaya Menyusu Untuk Ibu-Ibu yang Bekerja

Nak berjaya menyusukan si kecil dengan susu ibu sepenuhnya? Kalau mommy tu bukan bekerja, suri rumah mungkin mudah sedikit compare ibu bekerja ni. Betul tak? Nak Nini share tips berjaya menyusu untuk ibu-ibu yang bekerja tak?

Sebagai seorang ibu/mak/ummi yang berkerjaya, agak sukar sedikit kalau nak menjayakan impian kita memberikan susu ibu sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sukar macam mana pun, tentu-tentula ada jalan penyelesaiannya. Ye tak? Khas untuk mommy yang bekerja ni, kita kena ada extra sikit kerja compare ibu-ibu yang tidak bekerja.

Walaupun semua mommy kena prepare dari segi mental, emosi, tapi untuk mommy yang bekerja ni, kene lebih lagi preparenya dan tau apa yang kita bakal tempuhi apabila kita dah mula kerja. Adakah kita sanggup untuk pam susu setiap hari? Sanggup? And pam susu selama 2 tahun?

Persoalan yang hanya diri sendiri je mampu menjawab. Kalau mommy ada determine macam tu, boleh continue pembacaan. Hihihihihi

Nini nak kongsi serba sedikit pengalaman Nini masa menyusukan anak pertama dan time tu, Nini bekerja full time.

1) Kumpulkan ilmu mengenai penyusuan susu ibu.

Sebelum bermulanya journey penyusuan Nini, Nini rancak mengumpulkan ilmu yang secukupnya mengenai situasi or cara macam mana ibu bekerja ni still dapat bekalkan susu ibu walaupun berjauhan. Nini cari merata tau. Google pasal susu ibu ibu bekerja, akan jumpa la forum-forum seperti susuibu.com, perkongsian ibu-ibu lain di blog-blog atau group-group mengenai susu ibu ini. Kalau zaman nini dulu, agak sukar juga nak dapatkan view ni sebab terhad plus internet pun time tu lain benar dengan zaman sekarang ni. Betul tak?

Ibu bekerja especially kene fahamkan teknik-teknik mengepam, jadual mengepam, cara simpan susu ibu, apa itu hindmilk, apa itu foremilk. Sekarang ni, ilmu ni sangat mudah di dapati. Just taip sahaja penyusuan susu ibu di encik Google, nah! berderet result keluar 🙂

Mommy boleh start baca mengenai masalah yang dihadapi, segala pengalaman-pengalaman yang mana boleh membantu mommy nanti. Sekarang ni, group-group kat facebook pun banyakkkkkkkk. Lain tau compare dulu-dulu tu. So, mommy take this advantages, cari, gali mengenai ilmu penyusuan ini.

 

2) Melaburla dengan membeli Pam & peralatan menyusu yang bersesuaian dan mampu milik.

Kalau compare zaman Nini dulu, tahun 2008 gitu, breastpump ni sikitttt je pilihan. Avent, SPectra, Medela. Tu je yang famous amos nya. Sekarang? Dah bermacam-macam jenis breast pump ada. Bermacam-macm jenis harga pula tu. So, mommu, please pilihlah breast pump yang ramai review kata bagus. Kene pastikan investment ni berbaloi.

Nini dulu, pernah ada manual Avent (ni Nini suka sangat) tapi sebabkan dia manual and satu je, agak membataskan Nini sebab Nini kerja. Takkan kita nak tuang banyak masa semata nak PAM je kan? Takut tak berkat pula proses tu. Kita nak berikan yang terbaik. So, Nini invest beli electric pump 1KG spectra dulu-dulu tau. hahahahahha Nini pam pun senang, kat tempat sendiri je. Tak kacau waktu kerja.

Untuk pemilihan pam ni, hanya satu yang Nini nak mommy semua alert and faham, jangan beli pump semata2 kerana nak beli yang branded, nak sama macam kawan2 atau nak menunjuk-nunjuk. Or jangan pula beli pam yang bukan jenis heavy duty tu. yang macam corong itik tu. Kalau mampu, carilah yang electric double pump untuk menjimatkan masa kita untuk mengepam susu ibu memandangkan masa yang terhad. Kalau tidak mampu, manual pumping pun dah ok. Tapi make sure hospital grade ok!

Selain daripada pam, kita juga perlu sediakan peralatan/aksesori penyusuan seperti botol/plastik penyimpanan, ice pack dan cooler bag. Pakaian yang sesuai juga dapat membantu dalam memudahkan lagi proses mengepam susu ibu.

 

3) Sediakan stok susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja.

Haaaaaa yang ni kan, Nini ada silap sikit tau. Nini mula simpan stock beberapa hari sebelum. SEBAB?

Masa pantang tu, susu Nini alhamdulillah, meriah. Yela, baby pun dengan kita kan. Sudahnya, bila bermula bekerja ni, and dengan baby dah tak sentiasa, mula la susu tu merundum. Time tu baru fikir, tu la berlagak ingatkan susu tu sentiasa ada. hihihihih

So, mommy, mulakan untuk berlatih mengepam dan menyimpan susu ibu paling-paling lambat 2 minggu sebelum mula bekerja. Susu yang dipam dan disimpan ini akan menjadi stok2 susu ibu kita pada awal2 masa mula bekerja. Ini untuk mengelakkan kita menjadi stress dan bermotivasi rendah sebab stok susu ibu kita sedikit/tiada. Ketika ini juga, mulakan untuk mengajar anak kita untuk menyusu melalui botol secara berperingkat untuk mengelakkan anak kita dari enggan untuk menyusu melalui botol.

 

 

4) Rancang masa dan tempat yang sesuai untuk pam.

Kita mesti rancang masa yang sesuai untuk kita pam di office. Paling lewat setiap 4 jam sekali. Pukul berapa nak mulakan pagi tu, terpulang pada kita. Let say start every morning at 8am, jadi setiap hari mesti pukul 8pagi. Konsisten sangat penting. Nak tahu kenapa? Sebab demand dan supply. Itu mesti kena ingat. Bila dah konsisten pukul 8pagi kita pam, jadi, secara automatik, supply akan tersedia pada pukul 8 pagi tu. sebab setiap hari demand tu ada. Tu sebabnya konsistensi amat-amat penting. Skip pumping boleh menjejaskan supply kita juga.

Tempat juga main peranan. Masa saya mula2 nak pam dulu, saya akan pam di surau untuk mengelakkan dari kritikan2 luar. Tersangatlah memakan masa.. Sebab nak kena turun naik lif, lepas tu tinggalkan kerja kat pejabat. Satu hari, saya beranikan diri untuk pam di cubicle sendiri. Saya dapati saya boleh jimatkan banyak masa sebab saya pam sambil buat kerja.. Alhamdulillah, kawan2 sekerja lain tak kisah dan mereka pun kekadang tak perasan langsung yang saya tengah pam. 🙂 Yang penting tutup segalanya. Aurat tetap perlu dijaga.

 

5) Beritahu majikan anda

Bincanglah dengan majikan terlebih dahulu berkenaan penyusuan susu ibu ini. Mengenai masa yang kita kena gunakan ketika mengepam, penggunaan elektrik (kalau guna pam elektrik) dan segala yang berkaitan. Mana tahu, kita ada bos yang sgt prhatin dan tidak kisah dengan niat kita asalkan kerja jalan? Daripada sorok2, end up bos bising asyik hilang je.. 🙂 Sedikit peringatan untuk kita semua, niat kita untuk memberikan susu ibu kepada anak2 kita adalah tersangat murni. Oleh itu, peliharalah kesucian niat itu dengan meminta kebenaran dari majikan untuk menggunakan elektrik office (untuk yang guna pam elektrik) dan sedikit masa bekerja untuk pam.

 

6) Percaya “Saya boleh”..

Mind set dalam diri kita adalah paling penting sekali.. Sentiasa berfikir positif dan berkata kepada diri “saya boleh memberikan yang terbaik kepada anak saya dengan susu ibu sepenuhnya walaupun apa jua halangan dan cabaran.”.. Breastfeeding bukan hanya untuk ibu-ibu yang duduk di rumah, atau ibu-ibu yang berduit atau ibu-ibu yang kerja dekat dengan anak, tetapi breastfeeding adalah untuk semua ibu. Pilihan adalah di tangan kita. Katakanlah “Saya Boleh..”

Adios!

Laugh, laugh, laugh, Sing, sing, sing, dance, dance dance, glow,glow glow!
Let the Oxycontin flow.

Sharini – Admin Byka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *