Ada Tips nak pilih baju mengandung?
Bila dah tahu kita pregnant, mula la hati tu melonjak-lonjak kegembiraan kan? Terutama sekali bila pregnantkan anak first. Masa ni la, kita mula mencari baju baju yang sesuai untuk di pakai ketika mengandung. Masa ni la nak pilih baju mengandung yang sesuai dengan saiz poket dan sesuai dengan jiwa.
So, meh Nini nak share sikit tips macam mana nak pilih baju mengandung ni.
- Pemilihan material yang sesuai.
Bab memilih material yang sesuai amat dititik beratkan untuk keselesaan sebenarnya. Baju mengandung yang diperbuat daripada kain yang stretchable adalah sangat digalakkan. Kalau Nini, Nini prefer material macam cotton tshirt or cotton lycra tu. Jenis yang serap peluh. Selain itu, ibu-ibu juga boleh memilih material seperti cotton yang serap peluh, sejuk and lembut.
Hal ini kerana suhu badan ibu mengandung ni, biasanya lebih panas berbanding suhu ibu normal. Nak nak suhu di Malaysia yang panas ni. Fungsi cotton dan cotton lycra adalah serap peluh. Jadi , pakai baju yang selesa dengan anda juga cuaca.
2. Pemilihan Warna
Semasa mengandung, ada ibu-ibu yang berasa down sebab berat badan makin bertambah dan bdan makin membesar. Pemilihan warna adalah memainkan peranan untuk mood ibu-ibu mengandung. Di sarankan memakai baju yang warna terang ketika mengandung bagi menambahkan seri ibu mengandung. di samping itu, ia juga akan menampakkan ibu lebih bertenaga dan ceria.
3. Pilih jenis pakaian yang sesuai.
Based on survey, ibu-ibu lebih prefer pakai blouse dan seluar/skirt compare dengan dress. Ini kerana, ada yang khuatir terpijak kain dress sekiranya perlu bergerak lincah terutama sekali apabila ada dengan anak and ada yang lebih menggemari dress or jubah kerana lebih mudah untuk ke toilet etc. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada keselesaan diri kita sendiri.
Sekiranya lebih gemar berseluar, elakkan daripada membeli seluar yang menekan perut. Kalau boleh, beli seluar yang longgar dan boleh di ubah dibahagian pinggang. Seluar jenis palazo, or seluar pregnant amat di galakkan.
Untuk Nini, Nini lebih prefer seluar kerana walaupun Nini pakai dress, Nini still pakai seluar di dalam. and ada yang suka pakai dress sahaja sebab tidak suka ada perasaan sendat dengan getah di perut. Jadi its depends on preference masing-masing.
4. Cari baju yang boleh Mix & Match
Ciri-ciri ini penting juga sebab tempoh kita mengandung hanya 9 bulan sahaja. Jadi pemilihan seluar, skirt seeloknya beli warna yang natural dan berwarna gelap seperti hitam atau biru gelap yang mana sangat mudah untuk dikenakan dengan warna-warna baju yang ada.
Selain itu, baju-baju seperti baju baby doll, baju princess cut, empire cut or yang ada ruffle, sesuai sangat untuk ibu-ibu mengandung ni, plus plus, baju macam ni, sesuai juga di pakai selepas tempoh mengandung.
Satu lagi, sebabkan Malaysia pun panas so boleh beli baju inner sleeveless yang boleh dipakai di dalam rumah mahupun di luar rumah. Kalau di luar, boleh kenakan dengan cardigan jika mahu keluar rumah. Yang ni, Nini boleh suggest beli Inner menyusu dari Adrini’s. Selepas pregnant pun boleh pakai.
5. Pakaian Dalam.
Untuk pakaian dalam, adalah penting juga untuk memastikan keselesaan ibu. Beli bra yang sangat bersesuaian untuk ibu mengandung. Bra mengandung selalunya direka khas untuk semua trimester ibu mengandung. Jika anda mengalami masalah ekonomi nak lebih jimat, beli bra extender atau penyambung bra. Selain itu, seluar dalam juga cari material yang serap peluh dan elakkan material jenis satin atau licin.
6. Think Beyond Pregnancy
Untuk jimat, sekiranya ibu-ibu memilih baju-baju mengandung ini, cari juga yang sesuai di pakai untuk menyusu. kalau dah alang-alang nak beli baju kan, better invest kepada yang berbaloi terus. Boleh surf baju mengandung menyusu di website Adrini’s juga.
Allright, ni serba sedikit tips yang Nini boleh kongsikan dengan ibu-ibu macam mana nak pilih baju mengandung yang sesuai.
Luv,
Sharini Selamat