Menyusukan Anak Ketika Hamil – Ghilah

Salam semua.

Kali ni Nini nak cerita pasal menyusukan anak ketika hamil atau dalam erti kata lain, menyusu ketika mengandung. Kenapa tiba2 Nini buat satu entry pasal ni? Hehehhe No No No.. Bukan bukan bukan… Mesti korang ingat Khayra nak dapat adik kan? Sebab tu dok kecoh nak buat topik nih. 😛

Sebenarnya Nini terpanggil tuk buka topik ni sebab cerita 2 minggu lepas. Mula-mula Nini percaya yang kalau time mengandung pun, kita boleh menyusukan anak kita. Kenapa Nini sangat nak tau pasal mengandung and menyusukan ni? Nini agak confius sikitla pasal ni sebabnya ikut pembacaan Nini yang tak seberapa, Nini tau boleh kalau kita sambil pregnant, kita menyusukan anak kita. Tapi ramai la pulak yang cakap tak boleh.

Dan ada sorang kakak ni bagitau kalau kita pregnant, tak elok kalau kita menyusukan anak. Alasannya, susu kita tu tidak lagi mempunyai khasiat yang sepatutnya untuk anak kita. Dengan bagi susu kita ni jugak boleh mengundang perkembangan otak yang tidak sihat kepada anak kita. Anak kita boleh jadi lembab. Nini masa tu agak terkejut jugak. Bila Nini tanya balik pasal tu, kakak ni cakap yang memang dah ada research bagitau pasal khasiat susu tu dah tak sama and ikut hadith pun cakap tidak elok. Memang lepas tu, dia nasihatkan pisahkan anak kalau dia menyusu badan dengan kita. disebabkan kakak ni dok kaitkan dalam hadith pun ada tulis, membuatkan Nini rasa nak cari lebih detail lagi pasal menyusukan anak ketika hamil nih. Tu yang lama gak post ni Nini baru post sebab Nini mencari info bagai. 😛

hamil dan menyusu

 

Mitos menyusukan anak ketika mengandung

Mula-mula meh Nini kongsikan pendapat orang tua kalau tiba-tiba kita mengandung and still menyusukan anak ni. Kalau orang tua dulu2 memang tak kasi. Even nurse pun akan cakap suruh berhenti kalau menyusukan anak ni. Betul tak?

Banyak sangat yang bagitau tak elok menyusukan anak ketika mengandung. Ada yang cakap, kalau mengandung lagi nanti, tak elok bagi anak susu badan sebab anak kita tu dah tak minum susu dah. Dia dah minum darah, bukan susu lagi. Hehehhehe yang ni, memang Nini tolak terusla alasan ni. Walaupun memang susu badan ni memang asal-asalnya dari darah. Sebab Nini ni kureng sikit bab2 yang macam ala-ala tak logik ni. 😀 Nini senyap je. Tak nak komen lebih2. Ahaks..

Lepas tu, ada yang cakap susu tu dah jadi hak adik. Bukan hak kakak/abang dia lagi. Ada jugak yang bagitau nanti badan kita pulak takde nutrisi. Anak dalam kandungan tak cukup zat dan sebagainya. And semestinya, semuanya negatif belaka. 🙂 And Nini percaya sekiranya la kan. In casela. kalau la Khayra dapat adik. IN CASE tau. family Nini sendiri akan bantah. Hahahhahaha Sebab tu Nini rasa tak salah tambah ilmu ni. At least Nini ada pengetahuan and boleh defend diri Nini bila tiba saat tu. Macam Nini memperjuangkan kebaikan BF di mata diorang. 😛

 

Hujah-hujah mengenai Ghilah

Jadi Nini pon mulakan pencarian sebab Nini nak tau lebih detail lagi. Memang bercinta sakan la dgn mr. google. Heheheh lepas tu ambil masa lebih 2 minggu untuk dapatkan hasil. Ambil masa yang agak lama jugak sebab hubungan kami hanya mampu sekejap2 je. Sebab Nini sangat busy dengan keje. 😀

Nini ada pernah jumpa kat Dr hamid arshad punye website. Ada sorang kakak ni bertanyakan pasal mengandung sambil menyusu. Ni tahun 2006. Dah lama jugakla.. Mungkin tak releven, tapi biarla kita kongsi bersama.. 🙂

Soalan: assalamualaikum dr.. Nini berusia 26 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 14 bulan. Nini baru saja disahkan hamil 7 minggu. untuk pengetahuan dr, anak sulung Nini masih menyusu badan. Nini pernah terbaca bahawa menyusu semasa hamil adalah merbahaya. kenapa? Nini merancang untuk mengurangkan penyusuan badan secara beransur-ansur sebelum berhenti sepenuhnya. adakah ia akan menjejaskan kandungan Nini sekiranya Nini terus menyusukan anak sulung Nini untuk tempoh sebulan lagi? harap dr dpt memberi penjelasan dan nasihat yang sebaiknya. Terima kasih atas kerjasama dr.

 

Jawapan: Menyusu semasa hamil boleh menyebabkan keguguran terutama jika seseorang mempunyai kes sejarah keguguran yang tinggi. Ini kerana hormon prolactin menyebabkan pengecutan rahim dan ini boleh menyebabkan janin sukar melekat. Jika anda menyusu sewaktu anda hamil anda mendedahkan diri kepada risiko keguguran walaupun terdapat kes di mana ia tidak berbahaya.

And Nini ada juga jumpa satu soalan daripada seorang hamba Allah ni mengenai dia terjumpa dengan satu fatwa yang menyatakan kita tidak dibenarkan menyusukan anak ketika hamil. Boleh baca kat sini ek 🙂

Soalan: I heard that there are many Hadeeth saying breast feeding during pregnancy is not allowed. I managed to find only this: Partial Sunan Abu Dawood, Book 28, Number 3872: Narrated Asma, daughter of Yazid Ibn as-Sakan: I heard the Apostle of Allaah (peace be upon him) as saying: ‘Do not kill your children secretly, for the milk, with which a child is suckled while his mother is pregnant, overtakes the horseman and throws him from his horse.’ Please clarify.

 

Jawapan: All perfect praise be to Allaah, The Lord of the Worlds. I testify that there is none worthy of worship except Allaah, and that Muhammad is His slave and Messenger. We ask Allaah to exalt his mention as well as that of his family and all his companions.

A pregnant woman is permitted to breastfeed her child if this breastfeeding does not cause her, her child, or the foetus she has in her womb any harm. This harm could be known by experience or by being informed about it by a trustworthy doctor. The Prophet   sallallaahu  `alayhi  wa  sallam ( may  Allaah exalt his mention ) said: “I was about to forbid Al-Gheelah (having intercourse with one’s wife while she is breastfeeding), and then I remembered that the Romans and Persians did so, and it did not harm their children.” [Muslim]

The scholars may  Allaah  have  mercy  upon  them differed in opinion when interpreting the meaning of Al-Gheelah in the above narration. Some interpreted it by a husband having sexual intercourse with his wife while she is breastfeeding. Some others interpreted it by a woman breastfeeding her child while pregnant. Anyway, in both cases, this is not forbidden if there is no real harm or when one is pretty sure that this does not cause any harm. For more benefit, please refer to Fatwa 87785.

As regards the narration which is mentioned in the question, it is reported by Ahmad and Abu Daawood may  Allaah  have  mercy  upon  them and it is a weak narration.

Allaah Knows best.

Bila Nini jumpa pasal info ni, lagila menambahkan keyakinan kepada Nini yang kita memang boleh menyusukan anak kita walaupun kita hamil. Kebanyakan yang Nini google pun banyak yang bagitau kita boleh menyusukan anak kita ketika hamil. Nini ada baca pasal Mommy Lyna, still BF kan anak dia, hafiy walaupun dia sedang pregnant. 🙂 Kalau tak silap Nini, mula-mula Nini baca kat e-book dia rasanya. Dalam blog Mommy Lyna sendiri ada satu topik pasal ghilah ni. Search je word ghilah. Hehehhehe Nini dah baca and Nini dapati hadith yang mommy lyna dapat tu pun sama dengan hadith yang Nini dapat tu. Okeh, ni translator dia. Mommy Lyna, Nini kepilkan sikit kat sini ye. 🙂

sehingga Rasulullah pun bermaksud untuk mengharamkan ghilah, namun setelah baginda melihat kaum2 yang kuat seperti Rom dan Parsi mengamalkan ghilah dan tandem nursing, maka baginda bersabda : “Sesungguhnya aku ingin melarang ghilah, tetapi kemudian aku melihat bangsa Persi dan bangsa Romawi melakukannya, namun tidak membahayakan anak-anak mereka sedikitpun” (HR Muslim)

 

menurut Ibnu Qayyim (ulama tafsir yang terkenal), larangan itu (mengandung/beranak semasa masih menyusui=tandem nursing) bertujuan agar anak yang disusui tidak mendapat kemudaratan, kerana mereka harus disusui selama sekurang-kurangnya 2 tahun. jika ibu itu hamil, maka akan banyak kemungkinan yang boleh menganggu penyusuan. samada dari segi biologi ibu, seperti contraction ataupun susu itu sendiri, kerana semasa 2nd trimester, kolostrum mula terbentuk dan susu menjadi tidak sedap.

 

akan tetapi, kedatangan Islam telah menghadkan poligami (poligami bebas dilakukan semasa Jahiliah) dan menyekat ghilah (intercourse semasa keadaaan2 tersebut) akan memudaratkan si suami. ye lah… mana boleh nak tahan sabar selama 2 tahun tak buat apa2. lalu, melihatkan keadaan kaum Rom dan Parsi yang tetap kuat sekalipun mengamalkan ghilah dan tandem nursing, Rasulullah tidak jadi menghalangnya.

 

jadi, ghilah adalah lebih kepada family planning, bukanlah larangan menyusu semasa hamil atau larangan tandem nursing. tiada disebut tentang mengambil hak adik dan sebagainya. pendekata, jika mahu meneruskan penyusuan selama 2 tahun atau lebih tanpa masalah, plan lah family anda betul2, sekiranya anda tidak yakin untuk tandem nurse.

Kemudian, dalam blog kak fid pun ada jugak bagitau pasal menyusukan anak ketika pregnant ni. Ia tidak menjadi kesalahan agama kalau kita tetap nak teruskan untuk menyusukan anak kita walaupun kita preggy. Ingatkan Nini ada mention pasal orang tua-tua dulu, mesti akan cakap, tak elok sebab amik hak adik? Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, ni pulak cakap, takde istilah abang/kakak minum susu adik dia. Sebab hak adik tu, adalah masa saat dilahirkan. 🙂

And Nini ada baca dalam forum susu ibu tentang nutrien flow bila kita menyusu dan mengandung ni. Mana yang didahulukan dan mana yang dikemudiankan. Keperluan yang paling utama ketika mengandung sudah semestinya anak dalam kandungan kita tu kan? so, semua nutrien akan ke fetus dulu. Lepas tu baru la ke anak yang sedang kita susukan and last sekali barula kita. 🙂 Betulkan kalau info Nini ni salah ye. 🙂 Dan banyakla lagi info-info yang Nini dapat dari pencarian Nini nih.

 

Siapa yang boleh menyusukan anak semasa hamil?

Apa yang dapat Nini simpulkan dari pencarian Nini tu, Islam tidak melarang sekiranya kita ingin menyusukan anak kita walaupun ketika itu kita sedang mengandung dengan SYARAT kita mampu dan tidak memberi kesan buruk terhadap diri kita, anak dalam kandungan dan anak yang sedang menyusu. Untuk memastikan yang kita berkemampuan untuk menyusukan anak kita walaupun kita hamil, mula-mula kita kene consult dengan pakar or doktor yang bertauliah. Minta nasihat daripada mereka. Ini kerana kalau kita pernah mengalami keadaan seperti:

  • Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
  • Pernah keguguran
  • Mengalami pendarahan semasa hami
  • Positif GBS carrier
  • Atau kehamilan yang berisiko tinggi seperti mengandung berusia lebih dari 35 tahun atau kurang 17 tahun, ada penyakit kronik seperti diabetes dsb.

Biasanya kita tidak boleh meneruskan niat kita untuk BF anak kita. Dikhuatiri akan memudaratkan diri kita sendiri. Bagi yang memilih untuk meneruskan niat suci murni kita ni, kita perlu pastikan yang kita bertenaga dan berkemampuan. Kita juga perlu tahu semasa kita mengandung, puting susu kita akan lebih sensitif. Penghasilan susu juga akan berkurangan. Oleh itu, kita perlu:

  • Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan. Pemakanan yang sihat boleh membantu dalam menjayakan niat kita tu. 😀
  • Dapatkan rehat secukupnya sebab kita mudah untuk terasa penat
  • Pastikan anak kita menyusu dengan betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil
  • Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya
  • Kita juga tidak perlu bimbang anak kita “mencuri” kolostrum untuk adiknya sebab badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan. 😀
  • Sekiranya bayi yang disusukan berumur kurang dari setahun, berikan perhatian kepada berat badannya. Ibu mungkin terpaksa menambah susu Formula sekiranya perkembangan berat badannya tidak mengikut graf yang sepatutnya. Dinasihatkan minta nasihat pakar berkaitan sebelum memberikan susu Formula kepada bayi.

 

Kesimpulan

Ermm.. rasa dah panjang sangat post Nini kali ni. 🙂 Nini pun rasa dah clear pasal topik ni. Walau apa pun, pilihan adalah terletak ditangan kita sendiri. Sama ada kita nak pilih cara yang bagaimana. Yang penting, kita tahu apa yang kita nak. Semuanya bergantung pada niat. Tidak kira apa je pilihan yang kita buat, yang penting, kita bahagia dan gembira. Betul tak? 😀

Sekali lagi Nini tekankan, segala-galanya bergantung kepada tuan empunya badan. Orang lain, lain metabolisme, lain kekuatan, lain keadaan. Betapa besarnya dan uniknya ciptaan Allah SWT kan? Apa jua pilihan kawan-kawan semua, yang penting kita tahu pilihan mana yang terbaik untuk diri kita sendiri. Sekiranya tidak mampu, boleh sahaja memilih untuk berhentikan penyusuan kawan-kawan, berhenti sebab keadaan diri. Bukan sebab percaya kepada alasan-alasan yang tidak kukuh.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *