Alahan Semasa Mengandung. Yang Tak Rasa Diam-Diam Je.
Bercerita pasal alahan semasa mengandung ni, teringat keadaan Nini masa pregnant dulu. Dalam 4 orang anak, alahan paling teruk nini rasa masa pregnantkan Aisya sampai serik rasa dah. Masa anak pertama tu, first trimester of my pregnancy. Alhamdulillah.. Nini tak facing alahan yang teruk langsung. Nini cuma alami sakit kepala, muntah dan muntah dan muntah. Itu pun sekali sekala je and it happen bile petang je. Lepas tu, Nini tak boleh langsung makan bende-benda manis. kalau makan je Nini terus hilang selera and rasa nak muntah je. Loya-loya. tak sedap tekak la. Kalau buah ok je makannya.
Time Anak first, Nini suka makan makanan yang pedas-pedas. Tak kirela masakan apa, asalkan pedas, pergh, tu memang sedap. Nini yang mmg jenis tak makan pedas ni, tibe-tibe suke makan pedas, memang family Nini terkejut la. Lagi pedas masakan tu, lagi Nini suka.
Ni kisah anak pertama. Surprisingly, anak kedua and ketiga, pregnant macam bukan orang pregnant. Happyyyyy je makan apa pun, and takde alahan langsung. Sampaikan time tu ada terfikir, alahan tu macam buat-buat je kot. Kalau otak dah set yang kita nak lembik, jadilah lembik. Sombong kan?
Huhuhu and lesson learnt ok. Masa Nini pregnantkan anak ke-4, baru Nini rasa apa tu alahan yang teruk. Compare to my other previous pregnancy, yang ke empat ni memang membuatkan nini serik nak pregnant lagi.
Adakah faktor usia? Hahaha selama 3 bulan, nini hilang selera makan, tak boleh bangun, and kalau keluar rumah pun sebab paksa diri keluar. Serius masa tu, Nini bukan saja-saja nak melepek, saja-saja tak boleh bangun, tapi itula yang terjadi. Lama tau nini tak keluar rumah, duduk dalam bilik, dok tidurrrr je sebabkan kepeningan yang amat.
Sebelum pregnant tu, berat nini naik mendadak tau. Muka pun bulat je. And punyala banyak makan. So fikir-fikir dia balancekan la tu sebab the moment alahan tu start, nini turun 10kg terus. Mana tak nya, bau bawang, tumis2 tak boleh bau langsung, semua makanan favourite macam kari ke, kurma ke, kuah lemak, masak merah, sayonara la. Then angin punyala banyak satu badan. Kepala rasa berpusing, lantai bila berdiri macam sway je. Macam dalam boat. Nasib baik la ada husband yang bantu uruskan 3 3 anak tu. Kalau tak?
Sian, anak-anak memang terabai. Makan minum dia semua husband yang urus. Ya, Allah masa tu kalau la kita takde support dari family sendiri, rasanya confirm Nini stress. Lepas tu tambah angin nya lagi. Makan pun tak boleh sangat kecuali sup panas2 and buah. And satu jenis makanan yang memang Nini tak lalu nak makan, tak lalu nak bau adalah masak kari, masak kurma. Phewww yang tu bau memang rasa macam nak muntah padahal its my favourite you. And sampai Nini bersalin baru boleh makan kari.
Walaupun banyak makanan yang Nini tak boleh makan time tu, buah-buahan, kurma, kismis, kekacang and sup (ada celery, halia, black pepper, carrot, ayam) yang tu nini boleh telan. Maybe sebab tu, bila check up, hb maintain, BP normal. Padahalnya nurse sayang oii, i rasa tak larat dengan angin dalam badan ni, and sometimes rasa sway and terasa lantai tu beralun.
Satu lagi, bila rasa makin berangin badan tu, husband la tolong sapu-sapu minyak, urut-urut sikit. Kasi keluar sikit angin. Dulu-dulu sapu la minyak panas tu, bau mak aih. Standard bau minyak kan? Hihihi kalau ada yang wangi, best giler!
Standard kalau alahan, masuk 4 bulan dah ok. Tp nini sampai 5 bulan. And Nini siap sampai pi bertangas tau untuk hilangkan angin sebab tak tahan. Kihkihkih Hehe agak rare sikit la kan?
Apa nini buat untuk kurangkan rasa yang teruk tu, bila bangun pagi tu, nini makan buah dulu. Then minum. And kerap makan makanan-makanan ringan tu. Kurma, kismis, biskut and kacang. So kita takde la lapar sangat bila time lunch, dinner tu. Nini banyak makan makanan macam sup. Maybe sebab ada herba macam halia, black pepper. Tp no no oily food. Bila makan makanan oily ni lagi rasa senak kat dada and rasa nak muntah. Nasib la anak-anak jenis suka sup. Redha je la. Hehehe
Bila mengenangkan memori ni, nini dah rasa semua. teruk mudah and biasa-biasa, kesimpulan Nini, we never know our path macam mana. Keberuntungan kita dengan orang lain berza-beza. Ada yang mudahhhhh je semua, ada yang maha dahsyat. Macam Nini, nini paksa tau juga diri tu, untuk keluar, pergi kerja, buat something tapi kadang-kadang tak boleh. Kalau berdiri je dah buatkan lantai tu berputar, korang rasa apa?
Heheheh so siapa yang tak pernah rasa tu, diam-diam je. Jangan komplen-komplen and bagitahu kena lawan. Sometimes ada benda yang kita kena follow the flow. Its all depends kat Qada’ and Qadar kita.
So, ni few tips yang Nini nak share untuk cuba kurangkan alahan semasa mengandung tu. Bukanla sampai hilangkan.
- Bila bangun pagi, makan biskut kering dulu dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah makan makanan yang lain.
- Kalau nak bangun, slow-slow je. jangan terus bangun and jangan pulak terus baring selepas makan.
- Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam)
- Makan apa sahaja yang korang nak makan tapi kalau makcik nini kata elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng. and memang ada orang bagitahu pun, elakkan makan makanan pedas. Tapi masa Khayra dulu, Nini kena makan pedas.
- Kalau tak tahan bau bawang semua tu kan, minta je orang lain yang masak. hehehehehe
- Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa. ni, Nini hidu LIme, and lemon dari YL
- Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
- Try minum air halia. Ni sedap. Korang boleh try.
- Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
- Rumah? Abaikan dulu buat masa ni. Fokus at least kawasan bilik sendiri pun dah ok. Lain-lain minta tolong kerjasama ahli kel;uarga lain pun ok. Time ni la nak ajar anak-anak yang dah besar tu, task-task simple.
- Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Haaa Ni je la dulu buat masa ni. Kalau ada nak share tips-tips korang untuk atasi alahan semasa mengandung ni, boleh share kat sini. 🙂
BTW, boleh surf sini untuk belian baju mengandung dan menyusu.
Luv,
Sharini Selamat