fbpx

5 makanan yang Berkhasiat dan Kaya Vitamin untuk ibu mengandung

5 makanan yang Berkhasiat dan Kaya Dengan Vitamin untuk ibu mengandung

Makanan yang berkhasiat dan kaya dengan Vitamin sangat diperlukan oleh ibu mengandung untuk pembentukan bayi dalam kandungan. Terutama sekali untuk kandungan di awal trimester. Pemakanan yang seimbang sangat membantu ibu dan bayi di dalam kandungan. Seawal kandungan, ibu-ibu memerlukan sekurang-kurangnya 2000 kalori sehari, dan ketika memasuki trimetser terakhir, ibu memerlukan sekurang-kurangnya 2200 kalori/hari.

Ibu mengandung digalakkan mengambil 10% kalori daripada protein, 35% kalori daripada lemak, dan 55% sumber kalori lain dari karbohidrat. Selain itu, makanan yang wajib untuk ibu mengandung makan perlu mengandungi lebih banyak zat besi, kalsium, vitamin A, B dan C, folat, magnesium, selenium (yang diperlukan untuk kelenjar tiroid) dan zink.

Di sini, kami kongsikan 5 makanan yang Berkhasiat dan Kaya Dengan Vitamin untuk ibu mengandung.

1. KURMA

Makanan Yang Berkhasiat
Sumber Google

Semua orang sedia maklum, kurma adalah makanan yang paling banyak manfaat bukan hanya untuk ibu mengandung, tetapi untuk semua orang. Kurma juga kaya dengan asid folik yang sangat bagus untuk pembentukan tulang belakang bayi semasa trimester pertama. Buah kurma dapat memberi tenaga untuk ibu mengandung selain daripada untuk untuk ibu mengandung kerana ia membantu dalam proses kelahiran.

2.  PISANG

Makanan Yang Berkhasiat
Sumber google

Pisang juga mempunyai banyak manfaat yang tidak harus dipandang sepi oleh ibu mengandung. Antara kandungan yang ada dalam pisang adalah karbohidrat, serat, air, protein, serta vitamin dan mineral, seperti vitamin B, vitamin C, kalium, magnesium, mangan, dan asid folik. Pisang membantu ibu mengandung dalam meringankan morning sickness , meningkatkan tenaga, kaya karbohidrat , mencegas kaki bengkak , pertumbuhan hemoglobin , mengatasi anemia , melancarkan pencernaan dan banyak lagi. Ibu mengandung boleh jadikan pisang sebagai snack atau kudapan antara selang masa waktu makan sebagai snack makanan yang berkhasiat.

 

3. BUAH DELIMA

Makanan Yang Berkhasiat
Sumber google

Buah Delima merupakan sumber serat yang terbaik untuk ibu mengandung. Selain itu, buah delima juga mengandungi vitamin c , anti-oksida, dan tinggi dengan asid folik. Buah delima membantu untuk mengatasi masalah kekejangan dan lenguh badan dan merupakan buah yang rendah kalori.

Buah delima juga mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung. Ia membantu mengurangkan tekanan darah dan bagus untuk ibu mengandung yang mengalami pre-eklampsia.

Kajian juga menunjukkan yang buah delima mengandungi khasiat yang baik untuk kekuatan dan kepadatan tulang bayi dalam kandungan.

4. MADU

Makanan Yang Berkhasiat untuk ibu mengandung
SUMBER GOOGLE

Madu memang tidak asing lagi dalam fikiran masing-masing yang madu merupakan makana yang berkhasiat dan memiliki banyak vitamin. Satu sudu besar madu mengandungi 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium dan sangat-sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Untuk ibu mengandung, Madu merupakan salah satu sumber vitamin dan mineral seperti kalsium, untuk pembentukan tulang dan zat besi untuk membantu peredaran darah. Selain itu, Madu juga membantu dalam meningkatkan dan menstabilkan sel darah merah dalam badan ibu mengandung. Madu juga boleh membantu dalam mengurangakan sakit pedih ulu hati (heart burnt) yang memang sinonim dengan ibu mengandung.

 

5. KISMIS

Kismis merupakan makanan kudap-kudapan yang paling sesuai untuk ibu mengandung. Kismis kaya dengan vitamin, zat besi, potasium, kalsium, magnesium, dan juga antioksidan. Kismis boleh membantu ibu mengandung yang mengalami masalah anemia dan menyihatkan mata dan tulang. Selain daripada untuk kecerdasan minda, Kadar potasium dan magnesium dalam buah kismis boleh mencegah refluks atau angin dalam badan.

 

 

sharini

My name is Sharini and I am an awesome Mom of 4 lovely children who love to rambling about own experience in breastfeeding, pregnancy and parenting journey. I love to cook, love to travel for food food and food. I love breasfeeding and because of this, i’ve created Adrini’s Brand that support mothers in their journey to be a mom.