menyusukan anak

6 Tips Ibu Muda Yang Menyusukan Anak Sebelum Keluar Berjalan Perlu Tahu!

MENYUSU : 6 Tips Ibu Muda Yang Menyusukan Anak Perlu Tahu Bila nak Nursing In Public

Situasi  1:      Sejak mula mengandung, Julia memang berniat untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan nanti sepenuhnya dengan susu ibu. Tambahan pula, Julia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

Walaubagaimanapun, selepas habis waktu berpantang, Julia dapati sangat susah untuk menyusukan anaknya ketika berjalan-jalan. Oleh itu, Julia ambil jalan mudah dengan memberikan susu formula kepada anaknya tiap kali Julia berjalan-jalan.

Situasi  2:      Janice merupakan seorang ibu yang berkerjaya dan memilih untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja. Walaubagaimanapun, Janice menghadapi masalah untuk menyusukan anaknya in public. Janice tidak tahu bagaimana dan berasa malu bila dia ingin menyusukan anaknya in public.

Oleh itu, Janice memilih untuk lebihkan masa di rumah daripada keluar untuk berjumpa saudara, kawan dan juga berjalan-jalan. Keadaan ini menyebabkan ibu dan bapa Janice yang tidak menyokong anaknya memilih untuk menyusukan anaknya, menyarankan Janice supaya memberi susu formula sahaja kerana lebih mudah untuk ke mana-mana.

Situation  3:      Issabella sangat suka menyusukan anaknya. Ke mana jua Isabella pergi, Isabella sangat senang hati kerana tidak perlu membawa apa-apa yang berkaitan dengan susu, air panas dan sebagainya.

Bagi isabella, breastfeeding adalah menyeronokkan walaupun in public. Ini kerana, Isabella sudah bersedia dah tahu bagaimana untuk handle situasi semasa di public area.

Mana situasi yang refleks diri masing-masing? πŸ™‚

Menyusukan anak

Issue Breastfeeding in public atau menyusu di tempat awam, memang jadi perdebatan sejak dulu-dulu lagi. Banyak perbezaan pendapat tentang issue ini. Tapi yang paling utama adalah untuk first time  mothers ni. Every mother has her own comfort level about breastfeeding in  public.

Bukan semua orang ada perasaan easy atau comfortable bila breastfeed anak mereka di khalayak ramai. Ada yang memilih untuk memberi anak mereka susu formula bila keluar berjalan-jalan dan ada juga yang bersedia dengan susu perahan masing-masing. Dan ada yang memang ready untuk menyusukan anak masing- masing di tempat awam.

Kalau ikutkan experience mak yang menyusukan anak 4 ni, pilihan adalah di tangan masing-masing. Ikut keselesaan kita, ikut situasi dan tengok sekeliling sama ada situasi itu sesuai atau tidak.

Masa anak pertama, Nini mula menyusukan Khayra in public masa Nini dalam pantang 38 hari. Hehehehe Time tu hari raya kan, of course la keluar dah walaupun belum cukup 40 hari. Hehehehhehe

Personally, Nini tidak pernah letak blanket bila Nini menyusukan anak-anak Nini walaupun ada ibu-ibu yang comfortable dengan cara tu.  Sebabnya Nini rasakan ia lebih mudah menarik perhatian orang untuk lihat apa yang kita buat, bila dah bertutup-tutup dengan segala cover tu. Bagi Nini, cukup sekadar loose blouse atau baju menyusu, tudung dan baby kita akan buat Nini tertutup dan terpelihara. πŸ˜›

Actually, Nini pun pernah rasa malu nak susukan anak masa first time cuba. Percayala. tiada siapa pun yang akan terus ada kekuatan dan keberanian atau perasaan yang easy bila breastfeeding in public ni. Practice lepas tu, gain experience baru boleh rasa comfortable dan yakin dengan diri sendiri.

Nasib Nini baik sebab di awal kegiatan Nini, Nini cuma perlu berdepan dengan keluarga Nini sahaja. Makcik, pakcik, sepupu sepapat, cucu, cicit dan lain-lain. Al-maklumla, time tu time raya kan.. Sape lagi yang kita jumpa?

Hehehhehehhe lepas tu husband Nini memang sentiasa ada di sebelah Nini untuk menyokong Nini. Husband pesan, jangan buat-buat nampak segan. Buat tak tahu je sebabnya bila kita buat menggelabah or buat macam serba tak kena, lagi la orang nak tahu and perasan.

Memang betul, sebab awal-awal tu, takde siapa pun perasan Nini breastfeed Khayra sampaila diorang duduk dengan Nini. Sebabnya? Nini buat senyap-senyap je.. πŸ˜›

Ok.. Untuk first timer especially, here are some tips on how to be more confident and  comfortable while breastfeed in public.

1. Sentiasa PRAKTIS dan set dalam Minda yang KITA BOLEH

Yep, ungkapan tu common sangat kan bila nak refer to success. ClichΓ© orang kata, tapi itula fakta. Untuk tahu jawap matematic, perlu praktis, untuk hebat dengana taekwando, perlukan praktis.

Untuk yakin dengan orang lain, kita kena yakin kita boleh. So, untuk hebat dalam menyusukan anak tersayang, perlukan praktis dan set dalam Minda yang KITA BOLEH. Kita mampu untuk hadapinya.

2. Sentiasa Aware dan Bersedia untuk menyusukan di tempat awam

Kalau kita memilih untuk menyusukan anak kita, kita perlu fikirkan banyak posibility. As first time mother or ibu muda, jangan ambil remeh semua benda. Macam mana kita bawa diri bila berjalan-jalan dan persediaan kita sebagai mommy yang menyusukan anak, kena sesuai dengan situasi. Heheheh nampak macam wahhhhh susahnya. Kan Kan Kan?

Actually takde apa pun. Bersedia tu macam biasa kita sediakan barang-barang anak tu dalam beg, kita pun kena bersedia juga la. sebagai ibu muda, experience tu takde macam ibu-ibu yang dah lama menyusuakan anak ni. Tak boleh nak samakan dengan cara diorang and cara kita. betul?

Jadi mommy kena ready dengan a few gadget khas untuk mommy. Antaranya, pakai pakaian yang sesuai. Paling senang, invest sedikit untuk membeli baju-baju yang mudah untuk menyusu.

Yang jenis selak tu tau, Bukan yang nursing friendly. Kalau nak pakai jenis yang butang atau zip, make sure pakai nursing inner dekat dalam.

Kenapa? Sebagai ibu yang kurang pengalaman, first time nak handle anak nak menyusu, seeloknya pakai pakaian yang memudahkan kita. Kalau pakai baju berbutang, or berzip tu boleh. tapi dikhuatiri kita ni kalut. Mana anak tu dah nangis nak menyusu, mana nak bukak butang satu-satu. Betul tak?

Sekarang ni ada pelbagai jenis baju untuk ibu-ibu menyusu.Semua dan cantik-cantik belaka. So takde issu mommy tak bergaya. hehehehhe Boleh dapatkan baju-baju menyusu dari Adrini’s juga.

Selain daripada itu, baby sling or SSC juga membantu untuk public nursing. Macam Nini, masa tengah carry anak-anak nini, Nini boleh susukan juga diorang tanpa orang tahu. SSc or baby sling tu boleh cover kita dan juga buat orang tak perasan langsung yang kita sedang menyusukan anak kita.

Boleh sediakan poncho, nursing cover dan banyak lagi alternatif lain yang boleh kita gunakan. Mungkin boleh pinjam rakan-rakan dulu, untuk tahu pattern menyusu anak bila keluar. Nanti dah beli nursing cover, anak tak suka pula. Dah kena bagi hadiah kat Nini pulak. heheheheheh

Mommy kena tengok mana yang kita rasa sesuai and rasa selamat. Apa choice yang mommy pilih, semuanya yang terbaik. asalkan tujuan kita tercapai dan yang penting aurat terpelihara.

3. Rancang Ke mana, tujuan, dan aktivti

Kalau mommy nak berjalan-jalan di mall, Nini suggest cari dulu tempat-tempat yang strategik dan bersesuaian. Survey dulu, mana mall yang sediakan tempat untuk menyusu dan mall yang banyak sediakan tempat berehat and family friendly.

Kalau kenduri, pastikan tahu cue anak menyusu. Cuba susukan dalam kereta terlebih dahulu, (pakai baju yang sesuai) then bila anak dah start tak selesa, boleh mohon undur diri.

Kalau beraktiviti, boleh pakai baju menyusu yang sesuai, dan berbabywearing. Boleh susukan semasa berbaby wearing juga tau. Praktis. hehehehhehe

4. Cuba untuk kenal anak dan Cue anak kita

Kenal cara anak start lapar, kenal anak menyusu macam mana, kenal preference anak dan lain-lain lagi sangat penting bila kita nak breastfeed anak kita in public. Bila kita dah ready dengan semua ni, bila anak dah start gelisah tu, kita dah tahu nak kena pergi mana.

Kita dah boleh cari area-area yang sesuai untuk kita take time duduk and rileks. Bila mak tenang, anak pun tenang. Kan Kan Kan?

5. Bangga jadi Ibu Muda yang menyusukan Anak.

Breastfeeding ni adalah salah satu daripada tugas ibu, pengorbanan ibu yang sangat mulia. Kita korbankan tidur malam, korbankan segalanya untuk bagi yang terbaik untuk anak kita.

Jadinya, jangan sesekali rasa terbeban dengan pilihan kita. Nak pilih fully breastfeed, tapi stress bila orang cakap-cakap belakang, stress bila rasa susah nak keluar. Easekan mind, tetapkan tujuan, dan bangga dengan diri. Insyaallah, its will find it own ways.

Tapi jangan la pulak bangga sampai perlekehkan orang lain. Hokey?

6. Saling Hormat Menghormati Sesama Kita

Untuk ibu muda, please please bear in mind, apa juga pilihan kita dan pilihan ibu-ibu yang lain, kita kena hormati dan terima. Kalau kita pilih untuk menyusukan anak, bangga dengan pilihan kita tapi tidak sesekali merendahkan pilihan ibu lain.

Kalau kita pilih untuk tidak menyusukan anak kita, kita perlu bangga juga dengan pilihan kita, dan tidak sesekali memperlekehkan ibu yang menyusukan anak mereka. Saling support antara satu sama lain walaupun kita berbeza pilihan. Dapat sesuatu?

I hope this  tips will help. πŸ™‚

LUV,
Sharini Selamat – Embrace yourselves, Love Yourselves.
Mak Anak 4,

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *