6 Tips Yakin Menyusu Di Tempat Awam

6 Tips Yakin Menyusu Di Tempat Awam

Kalau berbicara mengenai nursing in public, banyak reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat mengenai issue ini. Ada yang kata kenapa tak kat tempat awam, tak malu ke? Ada pula yang kata, dah anak nak susu, takkan nak biarkan.

Walau apa pun pandangan dan penerimaan setiap orang, kene faham juga nursing in public ni, still kene menjaga mata-mata dari memerhati. Aurat still kene jaga. Bukan bila menyokong betul, anggap boleh je menyusu sesuka hati tanpa melihat sekeliling. Tanpa berfikir tempat sesuai atau tidak. Still kita sebagai perempuan, ibu especially masih perlu menjaga kesopanan kita dengan melihat sekeliling dan menari tempat yang sesuai. hehehehhe

Nini nak share tips bagaimana untuk menjayakan Nursing in public.

1.Practice makes perfect.

Yep, ini adalah satu ungkapan yang biasa kita dengar untuk berjaya dalam apa2 bidang sekali pon.Tempat yang terbaik untuk mula membiasakan diri adalah di rumah kita sendiri. Kita perlu belajar bagaimana untuk menyusukan anak kita apabila berada di tempat awam kelak. Berlatih di hadapan cermin dan tengok bagaimana cara kita menyusukan anak kita. Tertutup atau tidak bila kita menyusukan anak kita dan adakah aurat masih lagi terjaga. Ahli2 keluarga lain juga boleh kita jadikan sebagai “pengkritik” untuk melatih diri kita bila kita nak menyusukan anak kita di tempat awam. Bila kita dah tahu macam mana posisi yang terbaik waktu menyusukan anak kita dan sudah tahu macam mana nak handle situasi2 semasa menyusukan anak, kita mesti ambil tindakan untuk menyusukan anak kita di tempat awam.

Satu perkara yang perlu kita ingat, jangan sesekali menyusukan anak kita di dalam tandas atau bilik stor sebabnya, cuba tanya diri sendiri, nak ke kita makan/minum di tempat-tempat macam tu?

 

2. Pakai Pakaian Yang Sesuai

Kalau kita memilih untuk menyusukan anak kita, kita perlu fikir pakaian yang sesuai kita pakai bila kita keluar jalan-jalan. Paling senang, melaburlah sedikit untuk membeli baju-baju menyusu. Sekarang ni ada pelbagai jenis baju untuk ibu-bu menyusu. Selain daripada itu, baby sling juga boleh membantu untuk menyusukan anak di tempat awan. 3Baby sling tu, boleh cover kita dan juga buat orang tak perasan langsung yang kita sedang menyusukan anak kita.Selain daripada nursing wear, sekarang dah ada poncho, nursing cover dan banyak lagi alternatif lain yang boleh kita gunakan untuk memastikan ianya tertutup. Yang penting masih menutup aurat kita.

 

3. Pilih Tempat yang Strategik

Cuba cari tempat-tempat yang strategik yang agak privacy sikit kalau kita ada dalam restauran, mall ( kalau tak sempat cari breastfeeding room) atau mana-mana tempat yang crowded. Saya akan cuba cari tempat-tempat seperti di corner atau tempat yang agak tertutup sikit bila saya nak susukan anak saya. Kalau di Mall, biasanya ada disediakan kerusi-kerusi untuk merilekskan diri, so saya cuba cari tempat-tempat yang selesa dan strategik atau yang agak lengang sikit bila nak susukan anak. Dan pastikan segalanya tertutup.

 

4. Kalau Orang Pandang Macam Mana?

Saya akui situasi ni amat dikhuatiri oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Kita akan berasa sangat tak selesa. Betul tak? Sebelum saya cadangkan satu solution yang saya praktikkan, meh saya beri satu contoh. Bila kita di Universiti, inilah masa untuk cari girlfriend/boyfriend kan? Lelaki ni pulak, kadang-kadang suka pandang kat perempuan yang dia suka. However, kalau kita pandang balik kat lelaki tu, apa yang lelaki tu akan buat? Dengan cepatnya dia akan palingkan pandangan dia. Betul tak? Hehehhehe So, situasi tu lebih kurang sama. Kalau ada yang pandang, kita pun pandang la balik. Cuba tengok apa reaksi diorang pulak..  Tapi, saya percaya, sekarang ni ramai yang dah aware dengan ibu-ibu yang menyusukan anak in public ni. Biasanya diorang akan buat-buat tak nampak. Yang penting, kitala jangan tarik perhatian sangat.

 

5. Know Your Child.

Ini penting bila kita nak breastfeed anak kita in public. Sebabnya ada baby yang prefer muka mereka ditutp dengan kain atau cover. Kalau dapat anak yang macam ni, sangatla senang.  Ada juga yang tak suka muka mereka ditutup. Yang ni, kita boleh pakai baju menyusu dan cover bahagian yang perlu di cover tanpa menutup muka anak kita. Dan ada juga yang suka meraba-raba. Ha.. bab meraba-raba ni yang buatkan kita tak nak breastfeed in public sebab takut orang akan nampak bila anak kita meraba and cuba bukak-bukak. Anak saya adalah jenis yang suka meraba dan tak suka kita letak something kat muka dia. Jadi, saya gunakan something macam rantai atau soft toy yang kecil untuk dia main. Ni saya praktikkan masa kecil. Bila dah besar and faham apa kita cakap, Khayra dah pandai behave.  Kalau tak jalan jugak, boleh la cari nursing room…

 

6. Be proud of breastfeeding.

Breastfeeding adalah sesuatu yang mulia. Inilah salah satu perkara yang kita buat untuk anak kita. Memberi sesuatu yang terbaik untuk anak kita. Jadi kita patut berbangga dengan diri kita sendiri bila kita memilih untuk memberi yang terbaik untuk yang tersayang.

I hope this tips will help.  And kalau ada sesiapa yang sudi share cerita tentang experience korang semasa menyusu in public, please.. Komen ye. 🙂

 

Live in the moment and make it so beautiful that it will be worth remembering. —Fanny Crosby

Sharini aka UmmiKA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *