fbpx
punca-susu-kurang

Apa Punca Susu Badan Berkurangan?

Apa Punca Susu Badan Berkurangan?

Benda ni la yang sering bermain-main difikiran ibu-ibu yang sedang menyusukan anak mereka terutama sekali yang bekerja sepenuh masa. Nini bukanla pakar laktasi atau pro sangat dalam hal-hal breasfeeding ni, tetapi Nini boleh sikit-sikit share experience dan knowledge yang Nini ada sepanjang menyusukan 4 orang anak ni.

Ada gak yang tanya Nini macam mana nak banyakkan susu. Honestly Nini bukanla seorang yang meriah dengan susu badan ni. Kalau nak compare dengan orang lain yang sekali pam ada yang dapat 2 botol, 1 botol lebih, paling-paling pun 1 botol penuh. Sepanjang Nini menyusukan Khayra dan mengepam di office, paling banyak susu yang Nini dapat perah dalam 1 sessi hanyalah 1 botol penuh sahaja. ( botol MLO tu. Dah tak ingat bape Oz… ). Itu pun kadang-kadang je. Sikit kan?

Alhamdulillah, walaupun pam tu dapat sikit je, Nini berjaya jugak breastfeed Khayra, anak sulung nini sampai Nini pregnant anak kedua, dalam 5 bulan. Tu pun, sebab Khayra berhenti sendiri.

Kalau nak ikutkan, Khayra ni jenis yang menyusu sikit je. Walaupun, kadang-kadang bekalkan extra, extra tu tak usik pun. Dalam fikiran Nini, ooo just nice la kan, Khayra menyusu sikit sebab tu susu Nini bila perah tak meriah sangat and yet, still cukup untuk Khayra tanpa Nini campur dengan formula.

Di sini jugala, buktinya konsep ‘Demand and supply’.

Eventho, Nini cakap susu Khayra cukup untuk dia bila berjauhan, ada masa-masanya Nini mengalami masalah tak cukup susu. Haaa, time ni la gunanya susu yang kita simpan, yang kita keep as stock dalam peti ais tu, memainkan peranan.

And masa Khayra, serius Nini cakap, Nini memang takde stock. Memang silap Nini sebab tak sungguh-sungguh simpan stok. Buat ala-ala ok la tu, confirm cukup punya. Sekalinya bila cik P datang menjengah, terkuntang kanting nak cukupkan bekalan.

Time tu, life memang struggle. hahahha Nini memang cari apa alternatif nak banyakkan susu ni. Bila dapat lebih je dari biasa, Nini buat stok. Cumanya, hehehhe dah terhantuk baru nak terngadah kan. Stok tu bertahan dalam seminggu je sebab kemarau susu melanda Nini especially bila Nini tengah dalam projek yang penting and cik P menjengah.

So, apa perkara UTAMA untuk kita mak-mak ni, kena alert bila kita nak dapatkan susu yang berkualiti dan mencukupi?

  1. Pemakanan

As usual, makan memang kena jaga. Elakkan makan makanan yang junk-junk tu, walaupun sedap yakmat. Hehehe sesikit boleh la, kasi hilangkan terliuq tu. Makan makanan seimbang dan cuba cari apa makanan yang buatkan kita rasa happy and flow je susu tu bila pam. Milk booster aka makanan sihat boleh consider sebab mostly milk booster ni diperbuat daripada bahan-bahan yang bagus.

  1. Mental dan Emosi.

Haaa ni memang kena jaga. Korang kena tahu, emosi and mental kita sangat berkait rapat dengan penghasilan susu kita. Bila kita down, bila kita stress, bila kita fikir benda yang buruk-buruk je, susu kita tu secara automatic akan kurang. Nini penah try pam, time tu tengah stress dengan due date, so cepat-cepat la pam kan, sudahnya, dapat 1oz je. Haru tak haru?

Ada yang suggest, masa pam tu, bayangkan muka anak. Kan diorang tu comel-comel je kan. Takpun, letak depan mata muka anak kita tu. Bayangkan mata dia, tangan dia, senyum dia.

  1. JANGAN sesekali skip sessi mengepam

Yang ni khas untuk ibu-ibu yang bekerja. Please make sure, tak skip sessi mengepam and konsisten every 4 hours everyday. Kalau skip, tak konsisten, ni adalah salah satu punca yang sebabkan susu tu berkurangan. Kurang simulasi atau rangsangan ( ni kita guna pam) sebabkan feedback dari badan kata, owh tak perlu susu banyak la ni nampaknya, tak perlu kita produce susu. Nampak?

Lepas tu, bila susu kurang je, mula la kita start cari makanan alternative, milk booster itu, milk booster ini. Tak salah milk booster ni, sebab mostly adalah makanan yang memang berkhasiat, tapi kalau still tak nak jaga makan, tak guna juga. Kan kan kan?

  1. CHECK balik and cuba kaji punca susu still kurang.

Bila semua kat atas tu, betul dah, check balik and tengok semula apa punca susu still kurang. Cuba check balik, kita tidur cukup tak. Then check cara kita pam atau cara kita susukan anak kita tu betul tak. Lepas tu, check sama ada kita ada ambil pil perancang yang sesuai tak (kalau ambil perancang). And kena tengok, kita ada masalah hormon or ada masalah kesihatan lain tak seperti tiroid, demam, anemia.

And satu lagi, bila cik P dating menjengah. Time ni kalau Nini, susu memang akan sangat-sangat merundum. Bila Khayra direct feed pun, still dia rasa tak puas. Ni kan, nini memang surrender. Tak dapek nak buat apa. hihihihi

So, ni antara punca yang Nini rasa korang boleh check balik, bila susu tu tiba-tiba merundum. Bila dah tahu apa punca-puncanya, barula boleh kita fikirkan solution dia. Betul tak?  Cumakan, biasanya la, kalau untuk ibu bekerja ni, masalah utama diorang adalah nak konsisten pam and tak skip pumping. Betul tak?

So, macam mana nak settledkan? Ada alternative tak? Haaaa, Tunggu next entry.

 

Luv,
Sharini