fbpx

BREASTFEEDING 101 : 3 PERKARA YANG MOMMY TAKUT BILA MASUK KERJA.

BREASTFEEDING 101 : 3 BENDA YANG MOMMY TAKUT BILA MASUK KERJA.

Untuk mommy yang tidak bekerja ni, biasanya, diorang tak risau sangat bila pilih nak breastfeed anak. Yang selaluuuuu sangat TAKUT adalah Mommy yang bekerja.

Nini sharekan 3 perkara yang biasanya buatkan kita working mother ni takut bila nak start bekerja.

1- Terlebih fikir pasal susu cukup ke tak.

Biasanya, kita akan fikir, nanti bila pam tu, susu tu cukup tak untuk feeding anak kita nanti. So, bila pam tu, sibukla dok tengok susu tu. Banyak ke sikit.

Sebabkan susu tak cukup ni semuanya dari kita tau. Kita yang risau lebih, kita yang stress tinggal baby kat pengasuh. Jadi emosi tu tak stabil. Bila emosi negative, susu pun kurang la produce.

Apa korang boleh buat adalah:
❤️ Bila pegang je bag pam, terus ingat baby tengah buat apa, bayangkan kecomelan baby kita. Bayangkan cara dia gelak, cara dia senyum, cara dia tengok kita

❤️ Masa mengepam, korang boleh sesambil tu tengok video baby kita. Hehe mesti ada punya simpan video baby kita kan? Zaman canggih-canggih ni.

Benda-benda ni semua akan buat kita happy dan boleb ransang oksitosin ke high level. Maka susu akan lebih lancar keluar.

2- Bos marah asyik hilang

Yang ni, Nini ada share juga. Seeloknya, kita maklumkan pada bos, yang kita memang nak masa sikit untuk pergi mengepam. Bagitahu yang baby kita tidak minum formula milk.

Kalaula boss kita tu jenis strict, maka kita kena cari jalan supaya boleh mengepam kat tempat sendiri. Macam Nini dulu, Nini pam kat cubicle sendiri je. Selain daripada tak penat ke sana sini, kerja pun jalan sesambil. Haaa yang ni kalau nak buat, sila jangan beli pam yang bunyi macam mesin rumput hokey! 😂

3- Tengah pam tu, tetiba bos panggil atau ada officemate lelaki datang kat meja

Masa Nini awal-awal buat decision nak pam kat cubicle, Nini praktis kat rumah dulu macam mana nak buat supaya orang tak perasan. Bila di office, Nini akan  pakai long shawl balut ala-ala nursing cover. Its help sebab diorang tak perasan pun awal-awal tu. 

Bila kita sendiri letakkan HINT untuk orang luar tahu yang kita sedang mengepam, Macam Nini pakai shawl or maybe boleh letak signage ke, busy hehehehhe. 

sharini

My name is Sharini and I am an awesome Mom of 4 lovely children who love to rambling about own experience in breastfeeding, pregnancy and parenting journey. I love to cook, love to travel for food food and food. I love breasfeeding and because of this, i’ve created Adrini’s Brand that support mothers in their journey to be a mom.