fbpx

DOULA : Peneman Ibu atau Pengganti Doktor?

DOULA : Peneman Ibu atau Pengganti Doktor?

Terpanggil untuk mencoret sesuatu untuk topik DOULA : Peneman Ibu atau Pengganti Doktor? bagi program Analisis TV Al-Hijrah yang baru je selesai semalam. Jarang sebenarnya nini mengulas topik-topik hangat kan? Sebab yang sebelum-sebelum ni, (bukan rancangan Analisis je la) jenis yang macam susah nak capai persetujuan. Tapi topik semalam, buatkan nini lebih tertarik untuk mengulas sebab?

Nini memang belum pernah lagi terfikir untuk bersalin di rumah, walaupun Nini lahir di rumah and kalau nini sendiri pilih nak bersalin di rumah, husband Nini sure akan tentang. 1, sebab Nini tau kemampuan Nini sendiri. 2. Nini takut kalau apa-apa jadi, takde orang yang layak nak pantau. 😅😅 Nini memang jenis suka fikir bukan-bukan.

Cuma Nini hormat pilihan orang untuk bersalin di rumah. Kalau pilih bersalin di rumah, kita memang kena ada ilmu and macam Pakar perbidanan dan Sakit Puan, Prof Dr. Imelda Balchin bagitahu, kena ada yang bertauliah attend sekali. So kalau ada perbezaan pendapat, berlapang dada kiranya. And Nini memang fond to gentle birth ye. Hehehe Macam list yang Shafinaz bacakan kepada Prof. Dr. Imelda tu, Not much intervation, boleh bergerak bebas, tak nak baring je, tak nak asyik kena seluk, nak air ketuban pecah sendiri dan lain-lain, memang Nini nak semua tu tapi tidaklah to obsess orang kata.

Back to live malam tadi, apa yang nini nampak kan, wakil doula mostly tak nak jawab terus soalan-soalan host finaz. Kenapa takut untuk jawab, yang doula di malaysia belum diiktiraf? Kenapa takut untuk jawab training yang mereka ajar tu, belum diiktiraf di malaysia? Kenapa soalan-soalan yang di tanya, tiada jawapan yang terus? Seolah-olah tidak mahu berterus terang. Seolah-olah nak wujudkan persoalan demi persoalan dari orang lain. Since Live, timing untuk setiap jawapan sebolehnya tidak melalut jauh.

Nini tak nak bias, so Nini ulang-ulang rakaman live tu, supaya Nini tak silap or Nini yang tak faham apa yang nak cuba disampaikan, tapi Nini blur. Sebabnya, Nini rasa, kalau jawapan tu terus direct tanpa mukadimah yang tak perlu, sessi malam tadi mesti akan jumpa satu persamaan.

BOTH NAK IBU SELAMAT DAN SIHAT.

Actually, kalau doula and pakar perubatan and bidan ni, sepakat, menjadi team yang bekerjasama, dua profession ni memang saling memerlukan. Kenapa? Peranan mereka SEBENARNYA compliment each others. Saling memerlukan.

Doctor untuk segala clinical procedure, untuk medical team manakala doula untuk spiritual, peneman, untuk emotinal support ibu-ibu.

Munculnya doula di Malaysia sebabkan banyak kes2 mak-mak yang trauma bersalin di hospital. Munculnya doula di malaysia kerana untuk membantu kembalikan semangat mak mak yang trauma ini. Munculnya doula di Malaysia sebab mereka tak nak trauma bersalin menghantui mereka.

Jadi, kita ambil pula kata-kata prof Dr. Imelda, hospital memang menyokong gentle birth ni TETAPI disebabkan kekurangan staff nurse, dan untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini kepada Ibu-ibu ni, impian mak-mak ni tidak dilaksanakan. Karang ada yang saman hospital pula. hehehehe

Kenapa? Untuk proses gentle birth ni berjalan, hospital perlu sediakan 1 nurse : 1 ibu dan disebabkan tugasan nurse yang tidak mampu untuk pantau personally for each patient, impian mak2 ni, terpaksa di KIV kan.

Jadi nampak tak situasi debat ni. Dua profesion ni, tidak bercanggah malahan compliment each other IF DOULA DI MALAYSIA DIIKHTIRAF OLEH KKM.

Cuba korang bayangkan, kalau peranan doula ni, diiktifaf KKM? Mungkin selepas ini, muncullah kempen 1 doula : 1 ibu. Hospital pun boleh membantu menyenaraikan doula-doula bertauliah ni, untuk ibu-ibu pilih and ambil perkhidmatan mereka. Since doula ni itself adalah perempuan, jadi tiada issue aurat yang mana peraturan husband tak boleh menemani isteri di dalam wad.

Lepas tu kan, doula2 ni pun, bila dah di ikhtiraf oleh KKM, uols nak buat kelas ke, nak kumpulkan tribe ke and nak kenakan fee ke, go ahead la. Doula pun boleh jadi femes macam instafamous tu, bolehla letak rate tinggi. Eh ke situ lak. 😂😂😂

Tapi, korang setuju tak? Hehehe

Jadi Nini rasa, kalau betul niat nak membantu ibu, apa katafollow cadangan Prof Dr. Imelda Balchin tu, tubuhkan Persatuan Doula Malaysia (kalau korang dah ada bagus) then cuba tanya apa procedure untuk legalkan doula di Malaysia. Cuba dapatkan persetujuan dari KKM, jadikan KKM sebagai pemantau. Ye la, Doula kan tidak boleh memberi nasihat perubatan. So they need pakar yang bertauliah. Gaduh-gaduh ni tak bagus tau. Masing-masing cuba nak tegakkan hujah masing-masing, then takkan nak gaduh je sampai ke sudah? Sebab issue ni ada penyelesaiannya.

 

Luv,
Sharini

sharini

My name is Sharini and I am an awesome Mom of 4 lovely children who love to rambling about own experience in breastfeeding, pregnancy and parenting journey. I love to cook, love to travel for food food and food. I love breasfeeding and because of this, i’ve created Adrini’s Brand that support mothers in their journey to be a mom.