fbpx

Mengandung : Pentingnya Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Pentingnya Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Untuk ibu yang ingin mengandung ataupun Ibu yang sedang mengandung, korang kena tahu kenapa pentingnya Asid Folik untuk ibu mengandung ni. Walaupun ada yang tidak suka makan pil, makan ubat, or makan suplement tambahan, ibu pregnant or mengandung ni WAJIB makan any food yang mengandungi asid folik. Jangan sesekali tidak. ok?

Eh! Kenapa kene juga makan Asid Folik ni?

Ada a few sebab kenapa doktor sarankan pengambilan Asid Folik ni.

1. Untuk Mengelakkan Kecacatan Tiub Saraf aka Spina Bifida

Jangan main-main ye mommy, kecacatan tiub saraf ni, memang terjadi untuk mommy yang ambil enteng keperluan asid folik semasa mengandung. Ada a few cases, Nini baca dalam group-group ibu mengandung, group-group ibu ni la yang share pengalaman diorang macam mana anak mereka mengalami kecacatan saraf ni. Kesian tau.

Kalau ikutkan daripada website,  WebMD, Kita perlu ambil asid folik 1 bulan sebelum plan nak pregnant. Kiranya kalau mommy plan nak mengandung, mommy dah boleh start ambil asid folik ni. Sebabnya, ia membantu sangat-sangat dalam mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf ini. Mommy yang mengandung tu, disarankan mengambil asid folik sejak awal kehamilan kerana tiub saraf ini merupakan anggota tubuh yang pertama sekali terbentuk.

2.  Mengurangkan risiko sumbing

Selain masalah kecacatan tiub saraf or Spina Bifida, risiko anak dalam kandungan tu mengalami sumbing (cleft lip / cleft palate) juga tinggi. Baby yang ada sumbing ni, juga berisiko untuk menghadapi masalah penyusuan.

Asid Folik juga membantu dalam mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi seperti kecacatan pada jantung (congenital heart disease), Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system).

Banyak kan risiko risiko yang boleh dihadapi kalau mommy pandang enteng kepentingan Asid Folik ni.

Selain daripada itu, asid folik juga membantu mengurang anemia untuk mommy yang pregnant ni. dan pengambilan asid folik secukupnya dapat membantu ibu-ibu mengurangkan risiko terhadap komplikasi kehamilan dan kelahiran seperti keguguran, kurang berat, dan pre-eclampsia.

BERAPA KEPERLUAN ASID FOLIK UNTUK IBU MENGANDUNG NI?

Kalau kita follow from babyCenter, satu hari mommy mengandung ini memerlukan kira-kira 0.4-0.6mg keperluan asid foliknya. Tu kalau normal la. Kalau mommy ada kes seperti mengandung kembar ke, obesiti or ada pernah ada masalah kecacatan saraf sebelum ni, or pernah ada history sawan, and any masalah lain, Doktor akan prescrip dos yang tinggi untuk menampung keperluan tersebut.

Nini suggestkan, mommy follow je jadual dan dos yang doktor bagi tu. Kalau nak makan makanan yang tinggi kandungan asid folik macam kekacang, avocado, buah-buah tu boleh je cuma kadang-kadang kita khuatir nutrien tu still maintain or terhapus akibat proses penyimpanan or proses masakan tu.

Kalau rasa macam tak lalu nak makan juga, sila la paksa diri telan je pil kecik-kecik tu. Hihihihihi Kalau tak boleh juga, boleh ambil jus premamma ni. Dalam premamma ni cukup dengan kurma, delima, buah tin, vitamin C, madu, zaffaran and semua ni REAL FOOD ye. Bukan sintetik.

 

Kalau ada yang nak merisik harga, boleh risik-risik kat Nini ye.

Eh, nak cari baju kurung untuk ibu mengandung?