fbpx

MENGANDUNG : Tips Nak Bagi HB Cantik untuk Ibu Mengandung

Rupa-rupanya ramai mommy yang hamil ni rata-ratanya tak boleh nak menelan ubat yang dibekalkan dari Klinik Kesihatan tuuu.

Bermacam luahan hati mommy, tapikan tak boleh tak makan sebab baby dalam perut tu memerlukan vitamin secukupnya. Bukan itu aje baby dalam perut tu pun bergantung sepenuhnya pada kita untuk bagi vitamin dan untuk tumbesaran.

Nini ni asyik cakap HB je. Hahaha sure la dah tau dah apa tu HB. Ye tak?

Kenapa HB tu sangat-sangat nurse pantau? Tak boleh turun bawah 11. Kalau reach 8, dah kene start cucuk pula. Kalau dalam 10 above tu, ok lagi. Kalau dah start kene cucuk tu, gerun tak gerun? Hehehe

Nini share sikit antara langkah-langkah kasi HB ni cantik elok je bila kene check.

1) Mengambil makanan seimbang dan kaya dengan zat besi.
– antara makanan yang tinggi zat besi seperti: daging, ikan, kerang, hati
– antara makanan yang tinggi vitamin C seperti: buah-buahan dan sayur-sayuran kerana vit C membantu dlm penyerapan zat besi menjadi lebih baik lagi.

2) kalau korang ada plan utk hamil digalakkan mengambil asid folik 3 bulan sebelum.

Kalau takde planning, tup tup tahu pregnant je, terus amalkan asid folik. Asid folic ni sgt penting tau!!kalau kurang asid folic, baby boleh kena spina bifida iaitu kecacatan pd saraf tunjang pd bayi. Sebab 3 bulan pertama yang membentuk saraf tunjang baby.

3) Elakkan minum minuman yang berkafein seperti: kopi, nescafe, teh, air gas, coklat. (coklat juga ada sedikit kafein). Kenapa? Caffein boleh mengurangkan penyerapan zat besi. So kalau nak juga minum, jarakkan dengan tempoh pengambilan ubat.

4) Satu lagi makanan yang perlu mommy elakkan kalau makan suplemen untuk naikkan Iron ni or makan makanan yang tinggi Iron adalah SUSU or any Kalsium. Kenapa? Sebab makanan ini pun menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Jarakkan pengambilan ok?

Kalau tak larat nak makan pil-pil doktor bagi, or tak lalu nak makan-makanan tu semua, tolong la lalukan. Hahaha paksa je diri tu.

Or apa kata korang ambil jus premamma, jus yang ada gabungan 9 HERBA (kurma, madu, buah tin, vit c, ekstrak brokoli dll) yang kandungan dalamnya memang REAL FOOD. Bukannya bahan kimia dan perasa tiruan. Insya Allah SELAMAT.

So ni basic yang mommy kene tau. Especially part minum minuman bercaffein tu. Any food intake, vitamin etc, jarakkan pengambilan caffein tu ye. Or tak yah minum langsung. Hehehe

Semoga bermanfaat!