MENYUSU : Breastfeeding 101 – Cara Lekapan Yang Betul

Breastfeeding 101 – Cara Lekapan Yang Betul

Satu soalan untuk mommies atau readers semua. Pernah dengar atau baca mengenai latching tak?

Ni term dalam konteks penyusuan susu ibu eh.. Ok.. actually latching atau pelekapan ketika menyusu adalah perkara asas atau breastfeeding basic dalam dunia penyusuan. Jangan terkejut, pasti ada, kali pertama kita nak susukan si comel, masalah timbul kerana tidak latch dengan betul. Walaupun orang kata breastfeed ni natural, baby tu dengan sendirinya akan pandai menyusu, dan kita akan pandai nak susukan anak, sebenarnya ia lebih kepada macam kita sama-sama belajar macam mana nak dapatkan the right feel. Jadi tentu tentu error tu ada kan? hehehe

Please ingat ye mommy. Benda utama dalam penyusuan, adalah cara menyusukan (pelekapan) yang betul.

Sebab?

  1.  Kalau tiada latching yang sempurna, maka tiadala proses penyusuan kan? betul tak? hehehe
  2.  Sekiranya proses penyusuan berlaku dengan betul, banyak issue dapat diselesaikan.

Antaranya?

  1. Masalah sore nipple tiada.
  2. Dapat elakkan berlakunya breast engorgement. (sakit woooo…)

Macam mana nak tahu betul atau salah proses latching ni?

  1. Pastikan aerola dalam mulut anak kita. Mommies boleh bantu dengan cuba tolak-tolakkan sikit bahagian aerola tu masuk dalam mulut anak kita.
  2. Masa proses menyusu tu, TIADA dengar bunyi macam menyedut atau menghirup tu. Bunyi macam mmcap mmcap mmcap. orang kata mengicap ke apa tu. Proses yang betul adalah dengan hanya mendengar bunyi susu tu di telan. Tak bising la bunyi mulut tu. Kira masa menyusu tu, kalau kita senyap je, kita cuma dengar bunyi menelan je. Hehehehhe
  3. Kalau rasa sakit masa proses menyusu tu, itu tanda yang baby tak melekap dengan betul. Kalau baby menyusu dengan betul, kita tidak rasa sakit ye mommies.
  4. Jadi momies boleh start over dengan cara cuba masukkan jari kelingking di hujung mulut si comel dan keluarkan nipple. Cuba balik dan cuba lagi sampai kita dapat posisi yang betul. Iaitu posisi ANAK HAPPY, MOMMIES SELESA.

Apa yang penting di sini, jangan give up dan jangan stress. Bila kita stress, anak kita pun stress juga. Mereka ada instinct tau. Jadi bila kita hadapi masalah anak susah nak menyusu atau nipple kita sakit, cuba troubleshoot dulu. Jangan pening-pening and cuba control emosi.

P/s : Sekiranya masih tidak dapat diselesaikan masalah di atas, cuba mommies check lidah anak mommies. Berkemungkinan ada masalah tongue-tie. Kalau ini berlaku, minor surgery diperlukan dan mommies perlu dapatkan nasihat yang pakar.

Stay Happy,
Ummi KA
Breastfeeding is a learning process. Master It & Practice with it wisely.

– Sharini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *