fbpx

Menyusu : Tidak Semudah ABC

Breastfeeding? Menyusu? Tidaklah semudah ABC tu ye mommy. Dalam bahasa orang putihnya ” breastfeeding isn’t always easy”.

Kenapa tidak mudah tu?

“Eh, bukan ke menyusukan anak tu semulajadi. Its natural la.. diorang ni boleh je susukan anak diorang. Nak dengan tak nak je.”

Yes, saya setuju, breastfeeding tu semulajadi. Walaubagaimanapun,haaaaaaa……  breastfeeding anak kita tu tidak la secara semulajadi terus pandai atau secara semulajadi terus mudah je. Straight forward je punya cerita kisahnya. Faham tak ayat tu?

Cuba la tanya mana-mana ibu, menyusu tu dah  jadi cita-cita utama kebanyakan ibu-ibu. Confirm semua nak susukan anak yang tersayang. Betul tak? Tambah-tambah dengan pelbagai kemudahan untuk persediaan menyusu dan support group dari kalangan ibu-ibu juga, menjadikan breastfeeding di anggap mudah untuk dilaksanakan.

Kenapa ia tidak mudah walaupun ia adalah natural way?

Kenapa tidak mudah kalau orang kata dah fitrah?

Realitinya, bila nak susukan anak tu, bukanla kita dan anak tu secara tiba-tiba je terus boleh and pandai segala segi. Nak berjalan pun, fitrah manusia untuk berjalan kan? Tapi proses nak pandai berjalan tu? Kene tahu and pandai balancekan badan semua tu. Sama juga dengan menyusu ni.  Jadinya, ilmu melalui pembacaan, mahupun bertanya kepada kawan-kawan ( yang support breastfeeding) adalah penting. Ada ketikanya, kita tak pasti lekapan penyusuan betul atau tidak. Ada ketikanya kita akan menghadapi sakit puting, ada ketika sampai melecet atau luka. Ada ketika kita mengalami bengkak payudara, dan ada ketika sakit yang di rasa seperti lagi sakit dari bersalin. 😀 Menakutkan kan? hehehehe

Ok, saya bukan bertujuan nak menakutkan atau nak melemahkan semangat. Cuma nak share juga, adakalanya tidak la semudah yang kita sangkakan. Ada mommies yang tak alami sebarang masalah, (syukur alhamdulillah), ada mommies yang alami satu dua masalah yang saya sebut tu dan ada mommies mempunyai pengalaman yang lagi teruk dari yang saya sebutkan tadi tu.

Ehhh… Tunggu… Heheheh Belum habis lagi ni… Ada berita baik juga mommies. 😀

Walau apa pun masalah yang di hadapi pada permulaan journey/perjalanan penyusuan kita, Insyaalllah pasti ada kemanisan di penghujung ceritanya. Dengan banyak menggali ilmu, banyakkan sabar, banyakkan practice sudah pasti mommies akan capai ke satu tahap yang breastfeeding ni sangatla mudah, sangat menceriakan, sangat mem’bonding’kan (haaa… ambik ayat tak boleh blah..) dan sangat menggembirakan. Yang penting Don’t Give Up.

Banyak kebaikan menyusukan si comel ni. Untuk mommies dan si comel. Kebanyakan masalah yang di hadapi semasa menyusukan, semuanya ada cara untuk mengatasinya. Ada yang ada secara semulajadi adapt in the situation. Seperti contoh, cara menyusukan.. kita sendiri akan tahu cara menyusukan yang sesuai untuk mommies and the baby. Menyusukan duduk? baring? atau berdiri.. Hehehhe berdiri pun boleh tau mommies. 😀 ada juga yang memerlukan pertolongan dari seseorang dalam membantu menyelesaikan masalah kita.

Satu tips yang saya nak kongsikan di sini, perkara yang saya rasakan paling penting sekali adalah:

Jangan kita pandai sorang-sorang dalam tempoh perjalanan penyusuan ni. Dapatkan sokongan dari family ke, kawan ke, atau kaunselor laktasi semasa tempoh penyusuan ini.

Alaa.. zaman moden sekarang, kita whatsapp pun boleh, telegram pun boleh, facebook, instagram. Banyak medium untuk kita gali ilmu dan mohon pendapat. Kan?

Breastfeeding journey saya?

Nanti saya cerita. Ia juga bukanla semudah ABC. Kalau makan ABC yes memang sedap. hihihihi

Stay Calm,

Ummi KA
Breastfeeding is a journey that we never regret when we step in it.
– Sharini

sharini

My name is Sharini and I am an awesome Mom of 4 lovely children who love to rambling about own experience in breastfeeding, pregnancy and parenting journey. I love to cook, love to travel for food food and food. I love breasfeeding and because of this, i’ve created Adrini’s Brand that support mothers in their journey to be a mom.