~ Kuala Lumpur Ketika Malam Chinese New Year ~

February 23rd, 2010 by UmmiKhayra 13 comments »

Lama tak bersiaran dengan cara yang proper. ( proper tu macam mana ek? :P ). Sejak cuti Chinese New Year hari tu, sampaila hari ni, saya memang tak berkesempatan nak update blog dengan proper.. Nak bukak dashboard ni ha pun, tak berkesempatan. Alasan… :P

Entry saya sebelum ni, berkenaan shopping di hari jumaat tu, ye saya ada bagitahu kat situ yang saya cuti tergempar sebab nenek(arwah ) saya tenat. Masa saya sampai kat kampung tu, arwah dah ada kat hospital.  Saya sempat menjengah masa malam tu. Saya terpaksa balik ke Shah Alam hari Ahad pagi tu, sebab saya kene hantar kerja yang bos saya bagi masa weekend tu. Kerja tu saya patut siapkan masa hari jumaat tu. Kat kampung saya tak boleh nak buat kerja-kerja tu. Sebab makcik2 saya semua ada.. For me, tak baikla orang tengah sibuk-sibuk saya buat kerja lak kan.. tu yang balik kejap Shah Alam. First nak siapkan kerja, lepas tu nak amik baju and barang-barang sekali sebab kami bawak baju sikit je.. then balik semula jenguk arwah selasa tu. Nasib baik dekat je rumah kami dengan rumah nenek saya.. :) Sebelum saya balik ke Shah alam pagi tu, sempatla saya minta maaf, kat arwah, cium arwah.. Time tu, dada arwah tiba-tiba berombak kuat and saya nampak mata macam nak keluar air mata. Terkejut jugak saya sebab sebelum ni, arwah just baring je tak bergerak-gerak dengan mata tertutup. Masa tu, macam agak berat hati nak tinggalkan. Saya pesan kat ibu saya, call saya kalau ada apa-apa…

Sampai rumah dalam pukul 2 jugakla.. So, terus saya buat kerja yang bos nak tu. Rupa-rupanya, mama and makcik-makcik serta cousin abang semua dah plan nak g tidur kat KL malam isnin tu. Masa mama and abah tengah nak siap-siap pegi, datangla angin si Khayra nak ikut atuk and wan dia jalan. Aduiii…. Siap babai lagi kat kitorang masa atuk tengah dukung dia. Bila ummi nak amik, terus nangis tak nak ikut. Sudahnya, Khayra ikut wan and atukla jenjalan. ISk Isk Isk… Terpaksa kami ke KL petang tu tuk amik Khayra bila saya dah siap semua kerja.

Paling saya suka masa chinese new year ni, seperti tahun-tahun yang lepas, jalan memang clear. Kami dari shah alam ke bukit bintang, amik masa setengah jam je.. Jalan memang lengang… Tu yang depa dok plan nak duduk KL cuti CNY nih.Gambar saya letak nanti la ek… Layan gambar lain dulu… Gambar nih tak sempat nak upload.. :P

Inilah jalan ke KL masa Chinese New Year. Actually this is the thing that we like most if cuti CNY. All roads are free to go.. Hahahhahahha
Masa kitorang sampai kat hotel, terserempak dengan abah tengah dukung Khayra yang dah lalok2 nak tidur.. Time tu diorang baru balik dari pavillion. Mama cakap Khayra sangatla excited lari sana, lari sini. Test baju la.. siap tunjuk kat atuk minta atuk belikan.. amboi anak ummi… bermaharajalela nampak ummi and abah takde ek? Hehehhehe

Budak ni terus tak jadi tidur bila ummi and abah sampai… Ni lepas mandi semua.. Nak sambung jalan malam ni pulak…

Dah alang-alang kitorang kat KL tu, saya n abang pun, amik kesempatan la konon nak merewang2… Lagi satu, saya ni nak la kononnya tengok pavillion tu cemana. To be truth, saya tak pernah lagi jejakkan kaki kat pavillion tu tau sejak dia bukak.. Bukan pavillion je, Times Square pun tak pernah sampai… Hahhahahahhahaha

Khayra dah siap-siap dengan beg bagai nak start jalan.

Pemandangan dari hotel ke arah kuala lumpur, not bad la.. Kami kat center, so, leh nampak la bangunan-bangunan yang ada kat KL ni di malam hari. :)

pemandangan kuala-lumpur-malam-hari

Kuala Lumpur Di Malam HariPemandangan dari bilik hotel mama and abah… :)

Lepas maghrib, semua plan nak jalan-jalan sekitar tu. Waahhhh… punyer ramai manusia… petang tadi punyer kosong. Mungkin sebab ni tempat orang melepak kan. Kami decide nak try makan kat Pak Arab… So, semua pilih kedai al-basha nih.. :)

Al-Basha Kedai ArabAtas kanan – Hehhehe ni bukan sebab menunggu makanan tak sampai ye.. Time ni belum order pun lagi… Hahahhaha Kak alyn je dah start buat gaya gitu.. :P

Memasing tengah khusyuk buat memilih menu.. Saya? Makan je apa yang dihidang… :P gambar makanan? Sorry la, saya tak sempat nak capture.. Sampai meja je, terus rakus semua orang menghabiskannya… Hahahhaha idakla, tak teringat nak amik gambar pun… :P

Lepas habis semua, baru la kami start jenjalan. Kami jalan kat sekitar kawasan tu je.. Punyer la ramai menjual.. Blackberry pun jual harga RM450. Biar betik kan? :P

Khayra suka sangat dengan duck... Ni gambar dari kak alyn.. Kami tengah posing kat depan duck tu.. Khayra siap buat bunyi duck cemana lagi.. :P

In front of pavillion during CNYSambil-sambil tengok orang…

Nampak gambar Khayra dah macam letih tu? Hheheheh itula dia budak yang dah sampai limit dia.. time tu dah nak dekat pukul 10 malam.. so, memang time for sleep… Muka pun macam ayam berak kapur.. sudahnya………

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Breastfeeding while walking...

Inilah habuan untuk Khayra… Hehhehehe Masa ni, saya memakai inner breastfeeding yang adrinis jual. Time tu memang kat tengah bandaraya.. Khayra dah start nak cranky2.. Saya cari tempat tersorok sikit, abang cover for me, then jadi… nobody notice me saya breastfeeding sambil saya berjalan. My mum and auntie pun, cakap memang tak perasan sebab saya dengar diorang cakap, daripada biarkan Khayra nangis, baik bagi je.. Tapi kena la pandai nak cover.. and masa tu, baju saya memang memainkan peranannya. Bak kata makcik saya, Memang tak nampak. Ingatkan Khayra tengah tidur je… Hehehhehehhehe Tiada alasan ye breastfeed ni susah kalau nak jalan.. :P

Luv,

UmmiKhayra

~ I love You, Did You Love Me Too? ~

February 18th, 2010 by UmmiKhayra 6 comments »
Lama saya tak update blog saya kan dengan cerita or info or anything. Entry semalam tu pun, post cenggitu je.. :P Saya memang takde mood lagi nak menulis. Tambahan, kerja yang berlambak-lambak di office. Just imagine, masa weekend hari tu pun, saya kene buat kerja. Tapi saya ignorekan je.. Tu yang masuk office je semalam, macam tak cukup kaki tangan.. :(

Hari ni, saya nak buat tag je. Boleh tak? :D Tag ni datangnya dari izza:) Thanks ek izza, sudi men’tag’ akak.. (L).

1. First time jumpa with your hubby, bila dan di mana?
First time jumpa? Ermmm… Walaupun kami satu U, dan satu Fakulti, saya mula-mula nampak muka hubby saya, masa final year. Last semester, awal tahun 2005 to be more spesific. Tu pun sebab kawan-kawan saya (ada 4 orang praktikal sama) praktikal sekali dengan hubby saya. Bila diorang jumpa untuk apa ntah, barula tu saya nampak hubby saya. Tu pun buat tak tau je… Hahhahahah ( saya sombong ok time tu.. :P )

2. Love at first sight?
Ha… dah tau story, of coz la bukan kan… :D

3. Who is he when the first time u meet him?
Masa tu, hubby saya student sama batch dengan saya dan selekeh kot.. Hahhahahhahahha ( maafkan saya abang… gurau2 je… :P)

4. How long it takes for him to ask u out of a date?
How long? Ok.. first time jumpa face to face la… awal semester 2. Kalau ikutkan soalan ni la kan, first time date awal tahun 2006. Time tu dengan kawan saya, kami jumpa kat McD. Hehehhehehhe

5. First place dating?
McD Shah Alam… Hahhahhahahhaha 

6. How he proposed?
Kalau purpose untuk kawin, kami decide sesama. Abang ada bagi hint2 la… cuma takde soklan2 will you marry me bagai tu la.. :D
Kalau couple, (chewaahh.. ) Abang purpose kat hp, masa tu abang called dari bandung.

7. Special Date with your hubby?
26 August 2007 – Tarikh kami nikah.

8. Changes that he asked u to do?
Abang suruh banyakkan fikir positif dan yakin dengan diri, especially bila berhadapan dengan orang. ( Ye.. saya pemalu bila first time jumpa sampai sanggup tanam muka kat tanah.. :D )

9. What is about him that u love him so much?
Walaupun sikap abang nampak kasar, but i know, deep down inside, he really love me so much. Really love Khayra so much. Really love his family so much. Cuma abang tak reti nak tunjuk je..  

10. What is about him that u wish he would like change?
Kurangkan makan angin… :D

11. U will lose ur mind n crack ur head when he?
Angry at me. :D
 
12. U will smile thru ur eyes for the whole day when he?
Smiling and gigling and buat lawak-lawak bodik.. :D
 
13. Complete below sentences ‘My love towards my hubby is as big as..?
Saya tak pandai bermadah.. untuk saya, my love towards my hubby is infinity. :)
 
Nota: Abang, I love you, Did you love me too? Hehhehehehhehehhe
 
Oh, saya nak tag:
Semua yang baca blog saya nih.. nak tulis 1 1, macam tak daya je… :) Sudi-sudi la membuat tag santai ni.. :)
 
Luv,
UmmiKhayra

~ Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati ~

February 17th, 2010 by UmmiKhayra 11 comments »

Firman Allah Ta’ala :
al-anbiyaa

surah-al-Jumuah-ayat-8Yang bermaksud : “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).


Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.

Al-Fatihah untuk arwah nenek saya yang tercinta. Al-fatihah…

Luv,

UmmiKhayra

~ Hari jumaat hari bershopping untuk wanita bekerja? ~

February 12th, 2010 by UmmiKhayra 19 comments »

Hari ni saya cuti tergempar. Malam tadi, ibu saya call bagitahu nenek saya tengah tenat. Mula-mula nak bergerak malam tadi,tapi tiba-tiba hujan lebat dengan guruh.. Terus tak jadi. Jadi saya balik hari ini. Sementara tunggu abang solat jumaat ni, saya berblogging dgn handphone sahaja.. Inikah namanya tegar?hahaha
Okeh, berbalik pada topik asal. Sementara menunggu hubby saya, saya tunggu di shopping mall. Saya duduk di depan sebuah booth yang menjual pakaian sambil menyusukan khayra dan menaip.. Apa yang saya nampak dari tadi, kedai ni tak lepas dari kunjungan. Ada je yang berhenti mahu secara berkumpulan dan berseorangan. Dan sudah semestinya la akan membw beg plastik selepas itu. Wah.. Semua membeli ok.. Sekarang dah pukul 2 lbh pun still ada yang membeli belah. Sebabkan rest yang panjang,maka hbskan dgn bershopping..wah,saya takde masa untuk itu semua.. Tiada shopping2 cuci mata nih.. even midvalley nun dkt je tuh, jammed punca saya takkan pegi.. sudahnya nanti,masuk pukul 3. Haru je nanti.hahaha
Eh, betul ke lunch jumaat memang shopping time tuk perempuan? Sampai la ni kedai ni terima kunjungan je ni.hahaha

Saya taip dgn hp saya,maka xdpt kepilkan gmbr..hehe
Saya harap nenek saya tidak apa2.. Amin..

~ Tahukah Anda, Image Sebenarnya….. ~

February 11th, 2010 by UmmiKhayra 19 comments »

Hari nih, saya nak tulis pendek je. Hari ni lain dari tajuk biasa.. Hehehhehe Korang tahu tak,  image atau gambar yang kita letak banyak-banyak kat blog nih, sebenarnya tak dapat di kesan oleh google crawler? Maksud saya, search engine, tak leh index searching atau rankingkan pages kita kalau blog kita hanya ada gambar sahaja. Sebab crawler/engine search ni, cuma boleh buat carian dalam bentuk text sahaja.

Jadi macam mana nak buatkan image ni visible?

Macam mana nak buat image ni visible bila search engine buat carian? Ha.. Caranya mudah sahaja, Yang paling penting, masukkan text atau apa-apa je kaitan dengan gambar di dalam ALT attributes.  Apa tu ALT? ALT attributes adalah salah satu attributes yang penting dalam <img> tag. Ia adalah basic yang ada dalam code html untuk <img>. Macam mana nak tulis alt nih dan kat mana? Meh, saya bagitahu untuk blogspot dulu. Memandangkan ramai pengguna blogspot nih. :)

Blogspot

Untuk pengguna blogspot, kita kena tambah sendiri kat dalam code html tuh. Lepas upload gambar, pegi pada edit HTML. Kemudian, cari perkataan alt=”" macam kat gambar yang saya highlightkan kat gambar bawah nih. Pada attributes tula, kita boleh tambah kan ayat apa nak letak contoh kalau gambar ikan. alt=”Ikan yang sangat comel” atau gambar korang, tulis “awek cun” pun boleh. :)

Dan seelok2nya, gambar tu letakla nama fail yang berkaitan. Jangan letak DC20001, atau picture1.jpg.. :)

How-to-make-image-visible-for pro

Wordpress

Untuk pengguna wordpress, lagi mudah. Tak perlu buka coding ke apa. Semuanya dah tersedia. Seperti gambar di bawah. Macam yang saya kotakkan kat bawah tu. Alternate Text = alt attributes dalam code html. Selain alt attributes, title=image title juga dapat membantu. Kita boleh letak image title untuk setiap gambar.

How-to-make-image-visible

Kenapa kena letak benda ni semua?
Ok, alt attributes ini kegunaan dia adalah sekiranya gambar tu belum muncul sebab lambat loading ke apa, alt attributes dapat membantu pembaca untuk mendapat gambaran terlebih dahulu gambar yang nak kita tunjukkan. Contohnya, kalau kita letak gambar orang tua, then kita tulis “Hot babe” mesti orang sanggup tunggu punya… :D. Gurau je ek.. :P Selain daripada tu, sebab yang utama adalah untuk SEO kita. Untuk naikkan ranking web kita, SEO merupakan perkara yang penting. Benda-benda kecil macam ni pun sangat penting untuk optimizedkan ranking webpage kita.

nota: Harap info saya ini berguna untuk semua :)

ishh.. macam dah panjang je kan? :P

Luv,

UmmiKhayra

~ Patut Ke Lelaki Buat Kerja Rumah? ~

February 9th, 2010 by UmmiKhayra 32 comments »

Soalan : Patutkan lelaki buat kerja-kerja rumah? Seperti membasuh baju, menyidai baju?

Person 1 : Ohh.. tidak, lelaki kena duduk rileks je, sebabnya kami dah penat bekerja satu hari di pejabat dan memang memerlukan rehat. Kat rumahla masa untuk rehat.

Soalan : Kalau kira macam tu, macam mana pulak dengan isteri yang bekerja?

Person 1: Oh, itu adalah tugas isteri. Memasak, membasuh, mengemas. Lelaki mana tahu buat semua tu.. :)

Patut ke lelaki buat kerja rumah?
Beberapa hari lepas, saya adala dengar kat Fly.FM tentang topic lelaki ni patut ke buat kerja rumah. Of course la feedback dari perempuan paling banyak yang keluar dan masing-masing cakap patutla membantu especially kerja-kerja berat. Dari lelaki pulak, of course la diorang tak nak kan? Hehehheheh reasonnya, diorang ni dah keja penat-penat dan diorang ni pulak more on kerja berat-berat macam betulkan atap bocor, betulkan kepala paip pecah dan sebagainya. Argument yang memang takkan habisla kalau kita dok hujahkan. :P

Walaupun argument yang takde sape pun menang, saya nak jugak kasi pendapat saya. :P Bagi saya, tak salah kalau lelaki tu membantu sikit dalam hal-hal kerja rumah ni. Macam sidai baju ke, cuci toilet ke, vacum rumah ke, masak ke ( masak? hehhehehe sesekali la.. :P ) atau apa saja yang boleh di bantu. Sebab kerja-kerja tu, bukannya menjatuhkan ego pun, malahan isteri lagi berbesar hati and makin kasih pada suami.. :D

Bukan ke itu tugas isteri?
Betulll.. Tu memang tugas isteri. Memasak, mop lantai, jaga anak, jaga suami bla-bla-bla. Saya tidak nafikan itu memang kerja kita orang perempuan nih. Sapa yang berani menidakkan? Hehehhe Rasa macam superwomen pulak kita ni kan? macam-macam benda kita boleh buat. :D Bagi saya, memang itu tugas isteri sepenuhnya KALAU isteri itu tidak bekerja. Sebab tu saya rasa tak salah kalau suami sama-sama menolong atau membantu kita di rumah. :)

Kenapa saya cakap tak salah?
Saya cakap tak salah, untuk saya wanita dan isteri yang bekerja ni. Bagi saya, kalau saya willing untuk membantu suami dalam mencari nafkah, dan memang suami mengizinkan, tidak salah kalau kerja rumah, kita buat sesama. Bukanla suruh buat semua, tapi membantu dalam hal-hal yang boleh dibantu. Macam sidai baju ke, vacum ke.. Sebabnya, kalau nk cakap tugas tu semua tugas perempuan, then bukan ke mencari nafkah tu tugas suami? :)

Unless, kalau suami kata tak perlu bekerja, dia mampu untuk sara keluarga, lepas tu, kita ni ha, tergedik-gedik jugak nak kerja, kononnya nak cari duit sendiri so, tu tanggung sendiri la ye kalau suami tak nak tolong.. :P

Overall, bagi saya, kalau kita isteri ni bekerja, saya rasa patutla suami ni buat kerja rumah. Bantu si isteri jugakla.. Kalau tak banyak, sikit pun jadila.. :) Tapi kalau suami tak nak buat kerja rumah pape pun, and isteri dia memang tak kerja, ok kot kalau diorang tak nak.. Kalau nak bantu jugak tak salah pun.. Lelaki kan kuat? :D

Itu pendapat saya la kan…. Mungkin ada pendapat lain ke? (F)

What say you?  (I)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails