Baby Wearing

Baby Wearing Jenis Apa yang Sesuai?

PARENTING : Baby Wearing Jenis Apa yang Sesuai? Ring Sling, Mei Tai, Pouch, Wrap?

Kalau korang nak tahu, Nini start berbaby wearing ni bila dengan Adyan. Pengalaman dengan Khayra yang tak nak langsung duduk stroller and leceh sikit bawak bulky stroller tu, buatkan Nini and abang try cari alternatif lain.

Entry Nini sebelum ni adalah pengenalan macam mana Nini tahu pasal baby wearing and macam mana terbuka hati nak cuba guna baby wearing ni kan? πŸ™‚

Kali ni Nini nak cerita tentang jenis-jenis baby wearing yang Nini tahu dan Nini cuba masukkan sikit-sikit persoalan yang berkembang dalam fikiran Nini masa awal-awal nak cuba. πŸ™‚

Jenis-jenis Baby Wearing

Untuk jenis baby wearing ni, yang Nini tahu baby wearing yang ada adalah ring sling, pouch, ssc, mei tai, dan yang terbaru adalah wrap. Kalau ada yang lain boleh bagitahu Nini atau sila komen ye.. πŸ™‚

1. Ring Sling

Ring sling merupakan baby wearing yang pertama Nini ada, and yang mula-mula Nini kenal. Time tu Nini rasa sangat susah. Nini tak pandai nak masukkan adyan dalam tu. Nini takut Adyan tak suka, Nini takut Adyan lemas and Nini takut Adyan tersepit.

Hehehhe kelakar kan? Banyak kali belajar, dengan orang even tengok youtube berkali-kali. Akhirnya setelah practice banyak kali, Nini berjaya jugak menggunakan ring sling ni dengan jayanya… Yeay for me.. πŸ˜›

baby wearing
Courtesy Mr & mrs Google

boleh try tengok link ni untuk cara-cara pakai ring sling tu.

Bila dah terasa senang and tau nak handle macam mana, senang je rupanya pakai ring sling ni. Sangat praktikal, even Nini boleh letak dalam beg je. Dah takde dah stroller tambahan untuk Adyan. πŸ™‚ Adyan pulak, seem like his enjoying the moment. Siap boleh tidur dengan nyenyaknya dalam sling tu.

Kenapa Nini memilih ring sling?

Bagi Nini ring sling ni tak kisah la kita dah bertambah comel ke, or bertambah keding ke, RIng sling ni still boleh diguna pakai. Ini kerana, ring sling ni kita boleh adjust untuk ketatkan atau longgarkan. Jadi, mudahla kalau tetiba la pulak Nini jadi comel, senang tak perlu tukar lain. kan dah jimat kat situ Heheheh

Dengan Ring sling ni, kita juga boleh gunakan ring tu, sama ada terus jahit kat sling kain tu, atau pun tak perlu jahit. Boleh belajar kat you tube macam mana nak buat ring sling tu tak memerlukan kita jahit atau attach kan kain. Kebaikannya, kita boleh gunakan ring yang sama, untuk 2,3 sling yang lain warna atau corak.

Keburukkannya pulak, bila bukak nak tukar and Khayra nampak, dia minta untuk jadikan gelang katanya. Sudahnya Khayra bergaya dengan ring tu menjadi gelang tangan… πŸ˜›Β  Gambar Nini dengan sling tu? hehehehhehe Tak jumpa dah mana pergi gambar nini dengan ringsling.

2. Wrap

Ahaaa ni paling Nini suka pakai. Walaupun ramai kata susah sebab kena belit-belit and silang-silang, tapi Nini rasa wrap adalah yang paling nini suka and selesa. Especially part baju tu. sebab tak rasa terbeban sebab kain kan?

babywearing

Masa mula-mula nini nak berubah dari ring sling ke wrap adalah bila nini rasa keberatan si kecik tu, Nini tak mampu nak bendung.Β Dah tak larat nak bawak dia dengan ring sling tu lagi kecuali pergi sekejap-sekejap. Kalau nak pergi shopping ke, tour ke, terasa macam i need something yang sangat best.

Ring sling tu beban bahu sebelah sahaja, wrap ni pulak, beban bahu dua-dua belah. Cuma part lilit and silang2 tu je la macam orang akan berfikir 2, 3 kali. Tapi jujur nini kata, once dah tahu rentak, macam kacang goreng je. heheheh

wrap ni ada banyak jenis tau. ada woven yang tak stretchy (Sesuai untuk roddler) and yang stretch ( sesuai untuk new born)

3. SSC – SOft Structure Carrier

Haa ni Carrier ketiga Nini ada. Lepas dah cuba ring sling, cuba wrap, lama-lama hati tu, macam nakkkkkkkkkkkkkk je cuba SSC ni. hihihi Mula-mula Nini beralih ke SSC ni, masa Afeef.

Time tu, Nini menang peraduan menang SSC tapi jenis yang ringan tu. Boba-Air first SSC Nini, and buatkan Nini suka bagai nak rak hokey. Sangat senang, sangat praktikal sebab dia memang compact and just letak dalam beg je.

Sebabkan Nini dah jatuuih chenta teruish, mula la mata tu mengusha SCC yang tebal tu sikit sebab nak kan keselesaan. Sebab boba air tu, agak panas sikit kalau pakai.

kalau pakai SSC ni, Nini senang sikit nak susukan Afeef. Dengan syarat pakai baju menyusu. heheh

4. Pouch

Pouch ni pun lebih kurang ring sling. Sebelah bahu je untuk menampung. Apa yang membezakan pouch dengan ring sling adalah :Β  Pouch ni takde ring… Hahahahhahha

betul.. pouch ni ala2 macam poket je. Tiada ring atau tidak ada adjustment seperti ring sling. Pouch ni ada size je. S, M, L dot dot dot… Macam baju la jugak.. So, masa beli kena make sure kita beli dengan saiz yang betul. Kalau tak, ada ketat or longgar. Lepas tu, masa Nini try guna pouch ni, terasa macam melendut pulak ke bawah. Sebab Nini salah saiz kot. Sebab tu tak menjadi pilihan Nini. Namun, ada mother yang suka dengan pouch ni sebab tak payah nak susah2 adjust sana sini.. Cuma sarung kat badan, then masukkan anak.. Mudah kan?

5. Mei Tai

Haa, ni pula Mei Tai. Mei Tai ni lebih kurang macam SSC tu juga. Cuma beza dia adalah mei tai fully fabric or bertali, SSC ada buckle. tetapi Nini belum pernah guna mei tai, maka Nini tiada sebarang pendapat untuk mei tai ni.. πŸ™‚Β  Mostly people do love this two. SSC or Mei Tai πŸ™‚ Kalau nak tau lebih, boleh pegi kat jumpsacbaby, mamapatch atau mana-mana local yang jual this baby wearing ni. πŸ™‚

Allright, ini lah basic baby carrier yang ergonamik. Baby Carrier yang sesuai untuk new born hinggal toddler.Β Bagi Nini sangat berbaloi ber baby wearing nih… Kalau orang nak kata nanti anak terbiasa asyik berdukung je, macam Adyan, afeef, Aisya, tidak la macam tu kecuali kalau ada something wrong, dia mesti akan nak Nini. Macam lapar ke, poo poo ke, time untuk change nappies ke.. or nak tidur.. Lagipun bonding makin bertambah sebab kita dekat dengan dia. Sian Khayra dulu-dulu ummi asyik dok fikir nak stroller je… Hehehhehe

Photo credit to mr google.

Bab harga pulak, kalau nak compare dengan stroller, agak2 mana lagi mahal? heheheheh Of course la stroller kan? and baby wearing ni lebih mudah nak bawak ke sana sini. Kalau tak nak duduk dalam sling or wrap pun, boleh je simpan dalam beg. betul tak?

Part keselamatan. Ha… ni kita sendiri kena aware. baby wearing ni idakla 100% handsfree ye.. still kita kena tampung jugak.. always be careful and learn how its works.. Cari info tentang apa do’s and don’ts..Β  Even stroller pun, ada keselamatan dia yang perlu kita aware. πŸ™‚ Jadi benda ni terpulang kepada kita. πŸ™‚ Cuma Nini nak nasihatkan, untuk baby wearing ni, tolong-tolong sangat cari yang jenis ergonamik. Jangan cari yang murah or even mahal pun, tapi jenis yang kaki terjuntai tu. Penat tau duduk lama-lama plus boleh kene hipdysplasia. Ni nanti nini cerita lain.

Jumpa lagi di next entry. Sudi2 la bagi idea atau komen berkenaan baby wearing ni. Nini tahu ramai yang expert di luar sana. πŸ™‚

Luv,
Sharini Selamat
Kedai Online Baju Mengandung Menyusu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *