teknik pernafasan ketika bersalin

4 Teknik Pernafasan Ketika Bersalin

Teknik Pernafasan Ketika Bersalin

Kalau korang nak tahu, Teknik pernafasan ketika bersalin adalah salah satu topik yang pernah Nini post juga dalam blog lama. Topik ni memang ramai yang suka baca especially untuk ibu-ibu yang dah hampir nak bersalin. Teringat and terkanang balik 4 siri or kisah bersalin Nini  yang berbeza untuk setiap anak.teknik pernafasan ketika bersalin

Kisah Nini semasa Nini melahirkan 4 KA semuanya lain-lain tau. Nini setuju kita tidak boleh nak compare dengan kelahiran yang sebelum ini, mungkin dipermudahkan dan mungkin juga akan mengalami rintangan.

Masa bersalinkan anak pertama, serius Nini tidak tahu apa-apa pun pasal teknik pernafasan ketika bersalin or apa perlu Nini buat bila menempuh saat ingin melahirkan.

Kenapa??

Sebabnya Nini tidak mencari info berkenaan process bersalin ni. Lagi satu, Nini terasa ngeri nak tonton video-video bagaimana process bersalin itu. Dan Nini akui sampai ke hari ini, umur dah nak masuk 40an ni, Nini masih tidak mampu lagi untuk menonton video saat-saat kelahiran.

Sebab itu, time Khayra entah berapa kali push baru keluar my little princess. Ketika tu, tak tahu pun rupanya ada teknik pernafasan ketika bersalin. Masa tu semua ikut dann je. Tu pun siap kena remind lagi dengan doktor, awak kalau lama sangat lagi, terpaksa kita czer. Hehehehehe

Lepas tu anak kedua pula, Nini cuba untuk siap sediakan diri tu dengan ilmu-ilmu bersalin ni. Masa tu la Nini mula search ilmu tentang bersalin, teknik pernafasan ketika bersalin, dan juga ilmu semasa mengandung.

Rupanya, ketika nak bersalin and nak melahirkan tu, kita kena pandai macam mana nak kawal teknik pernafasan ketika bersalin.

Masa ni, apa yang Nini belajar adalah yang memang biasa orang share. Macam mana nak kawal teknik pernafasan ketika bersalin tu.

Ni serba ringkas teknik pernafasan ketika bersalin. Boleh cuba praktiskan and its really help me.

Masa kita rasa start nak sakit. ( awal-awal la )

Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, then keluarkan nafas ikut mulut.

Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit ( Ni dah kena ready ke hospital)

Time tu cuba tarik nafas pendek and cepat then lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut, lepas pun ikut mulut.

Bila rasa macam nak meneran tetapi belum tiba masanya lagi.

Time ni tarik nafas 2 kali terus ikut hidung, then keluarkan ikut mulut. Tarik nafas and hembuskan tu pendek-pendek je. Ala-ala ‘sniff’, ‘sniff’, ‘fuhhhh’. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut and macam biasa.

Bila tiba masa meneran

Time ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, sebab oksigen masuk lagi banyak ikut mulut compare ikut hidung. Then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tak tersekat dan betul-betul keluar.

Teran tanpa ada suara dan kalau nafas habis, jangan lepaskan semua, tapi tarik nafas lagi. Macam curi nafas la. Ni sebab nak elakkan daripada bayi masuk ke dalam saluran tu semula.

Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu, kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada. Ini untuk elakkan dari kita angkat punggung. 🙂

And siapa yang bertuah ada suami teman, boleh ajar suami macam mana nak bantu isteri tu. Nak tahu caranya?

Sebelah tangan pegang bahu isteri, macam peluk dari belakang untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa).

Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

WAIT!

Teknik kat atas tu, yang memang basicnya rules macam mana nak kurangkan rasa sakit and control pernafasan. Selain daripada teknik pernafasan ni, apa asas lain yang bantu kita masa tengah menghadap sakit bersalin tu?

  1. Banyakkan bergerak. Ini untuk mempercepatkan bukaan.
  2. Kalau dah sakit sangat, JANGAN terlentang. Cuba baring mengiring and amalkan teknik pernafasan tu. Masa tengah sakit, kita tarik nafas and hembus sambil sentiasa berzikir laillahailla anta minta bantuan kat Allah SWT.
  3. Macam Nini, masa anak keempat tu kan, Nini tak teran sangat paksa baby tu keluar sampai putus nafas macam anak kedua and pertama. Tapi Nini percaya dengan badan and feeling nini. Masa tu bila kita fokus, kita akan rasa sangat bila masa sepatutnya kita nak push.

Walaupun dah ada pengalaman 4kali, tapi sakit bersalin tu…. Hanya Allah SWT yang tahu dan hanya wanita sahaja yang tahu. Betapa besarnya anugerah yang Allah beri pada kita kaum wanita ni kan? Mampu kita tahan sakit tu. Hehehe

Lagi satu, ni hanya sekadar panduan pada kita sahaja untuk mencuba dan usaha agar diri kita tenang. Keadaan sebenarnya macam Nini cakapla, hanya Allah SWT yang tahu.

Everyone ada different experience. Walaupun kita dah cuba hafal and ingat and berlatih, mungkin kita akan lupa jugak bila sakit tu menyerang. Dah pernah rasa. Beria kihkihkih

Jangan lupa tengok2 baju mengandung adrinis and boleh juga tengok inner menyusu adrinis sebab its one of the item yang mesti ada dalam beg ibu ketika nak ke hospital.

Sharini Selamat – Allah Jadikan Setiap Individu Itu Unik.
Moms of 4

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *